Raikan cinta Adha & Amirah




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini berkongsi di sini untuk mengenang sesuatu yang cukup indah. Ketika majlis ini berlangsung, ini merupakan tahun keempat Allah izinkan saya mengenali dan menjadi sebahagian daripada keluarga ini. Saya bersyukur kerana Allah izinkan saya untuk menumpang kasih sayang seorang ayah, ibu, dan dikelilingi kasih sayang adik2 ipar. 

Kami menerima lagi seorang ahli baru yang bakal mewarnai kehidupan keluarga kami. Mak dan abah akan beroleh menantu perempuan.  Memandangkan ketika itu saya masih lagi dalam cuti belajar, saya ada sedikit masa untuk membantu mak serba sedikit dalam menjayakan majlis ini. Walaupun tidak banyak tetapi saya begitu berharap dapat meringankan beban mak dalam melancarkan perjalanan majlis ini.

Saya rasa sungguh teruja dapat membantu mak. Terlalu banyak mak dan abah membantu saya terutamanya dalam tempoh saya cuti belajar ini. Inilah peluang untuk saya membalas kebaikan mereka. Pada masa yang sama saya rasa begitu terharu apabila dapat melihat kasih sayang seorang ibu yang cukup tulus. Kasih sayang seorang ibu yang tersangat dalam untuk melihat anak lelakinya bahagia. 

Saya seolah-olah dapat merasakan 'sesuatu' melalui pandangan redup mata emak. Yer..dia teramat gembira untuk menerima ahli baru. Tetapi hakikatnya saya seolah dapat mengesan naluri seorang ibu yang  jauh dari sudut hatinya bakal merasakan 'kehilangan'. Namun..dia begitu berlapang dada, redha atau dalam erti kata lain sudah bersedia untuk menerima dan 'berkongsi kasih' . Seorang anak yang bukan  sepenuhnya miliknya lagi. Seorang anak yang kini sudah semakin besar tanggungjawabnya. Seorang anak lelaki yang bukan sahaja terikat terhadap terhadap ibu bapanya tetapi pada masa yang sama perlu menunaikan hak untuk isteri dan anak-anaknya nanti.


Anak yang baik, penyejuk hati ibu dan bapanya. Kini menggalas tanggungjawab yang lebih besar

Selagi belum tiba majlis ini..saya dapat melihat kekusutan emak. Ini kerana sepanjang cuti belajar boleh dikatakan sebahagian masa saya berada di rumah mak. Jadi,  saya dapat melihat kerunsingan mak. Malah emak yang tidak cukup tidur berfikir itu ini dalam merealisasikan majlis besar yang akan berlangsung. Dia mahu melakukan majlis sesempurna yang mungkin. Walaupun saya nampak keletihan dan kelelahannya dari memikirkan sekecil2 perkara sehinggalah kepada agenda utamanya. Dari hantaran, pakaian, door gift, persiapan dewan, tetamu dan banyak lagi yang tidak mampu saya senaraikan.

Benarlahhh...inilah pengorbanan seorang ibu. Semoga Allah izinkan saya jua dapat menyempurnakan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu dan dapat melihat hari bahagia anak-anak saya kelak nanti. Semoga saya jua kuat saat dan ketika itu tiba dalam 'melepaskan' buah hati tersayang kepada insan yang dicintainya.Tiada apa yang diimpikan oleh seorang ibu selain melihat senyuman dan kegembiraan buat anak yang disayanginya. Anak kecil yang pernah ditatanya satu masa dulu, dan kini akan berpindah milik walaupun hakikatnya hubungan darah tidak akan berpisah.

Secara jujurnya saya tidaklah pandai mendekorasi dan tidaklah kreatif tetapi sangat seronok bila dapat melakukannya. Rupanya bila seseorang sangat terdesak untuk membantu..tangan yang keras kaku pun dapat dilenturkan hihi. Malah hantaran tunang dan kawen sendiri pun saya tidak buat kerana merasakan saya memang tidak pandai. Tidak sangka pula saya dapat membuat hantaran untuk anep sebab ingin membantu emak. Koleksi hantaran air tangan saya yang pertama kali..hehe 










Selamat menempuh alam rumah tangga Adha Hanif dan Nur Amirah. Semoga Allah memberkati perkahwinan kalian berdua dan menjadikan kalian berdua orang yang lebih baik dan saling menyayangi kerana Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak