Posts

Showing posts with the label Traveloka Perak

Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Perak

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pada minggu lepas berkesempatan untuk ke MAPS, Ipoh. Sebenarnya ini satu perancangan yang tidak dirancang. Husband terpaksa menyelesaikan urusan Lesennya di JPJ, Ipoh. Kebetulan pula sekarang musim cuti sekolah sudah bermula. Kami bercadang untuk membawa anak ke MAPS. Kami bergerak dari Bagan Serai pun sudah agak lambat dalam pukul 1.30 pm dan tiba di sana dalam pukul 3.00 pm. Tempat parking yang disediakan agak besar dan mencukupi untuk pengunjung yang datang. alhamdulilah walaupun kami tiba agak lambat dan pada masa cuti sekolah, kami tidak perlu mencari terlalu lama tempat parking kereta. Tiket masuk ke MAPS adalah free entrance. Tetapi jika mahu bermain di dalam itu perlu bayar mengikut harga yang berbeza-beza mengikut tempat. Di dalam itu, sebarang pembayaran menggunakan kad top-up yang berisi duit. Jika ada lebihan duit, semasa exit entrance boleh tebus kembali baki duit.  Secara keseluruhannya, tempat ini sangat menarik u...

Spritzer Ecopark Taiping

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Jika anda berkesempatan ke Taiping, selain mengunjungi ke Zoo, Muzium ataupun ke Kuala Sepetang, apa kata ke Spritzer Ecopark. Di sini terdapat taman yang boleh dilawati, cafe dan selain itu jika bernasib baik dapat mengikuti 'tour plant' melihat sendiri bagaimana produk air jenama Spritzer di buat. Spritzer di Taiping sudah bermula pada tahun 1989 tetapi operasi pengilangan yang terletak di Air Kuning, Taiping ini beroperasi pada tahun 1994.  Kilang pemprosesan air spritzer di sini adalah beerkeluasan 330 ekar yang merangkumi 8 punca mata air dengan kedalaman 420 kaki. Selain daripada jenama Spritzer, terdapat beberapa jenama air mineral dan air minuman juga turut dikilang di sini seperti jenama cactus, tinge dan juga air berkarbonat.  Dihadapan Spritzer Ecopark Minggu lepas, saya membawa pelajar-pelajar lawatan ilmiah di sini. Objektif lawatan adalah untuk melihat bagaimana proses awal hinggalah ke akhir yang melibatkan prose...

Antong Coffee Mill Factory Taiping

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semalam kami yang terdiri daripada team SPK Kolej Komuniti Bagan Serai berjaya membuat lawatan ilmiah bersama-sama pelajar-pelajar kami ke Antong Coffee Mill Factory. Kilang ini merupakan kilang perusahaan yang memproses biji kopi yang tertua di Malaysia yang telah beroperasi pada tahun 1933. Kilang ini dibuka oleh Mr. Thiah Ee Mooi dan sehingga ke hari ini kilang ini masih beroperasi sepenuhnya dan sesiapa yang berkunjung ke sini bukan sahaja boleh melihat lebih dekat pemprosesan biji kopi yang diproses secara tradisional tetapi pada masa yang sama boleh melihat nilai-nilai sejarah yang ada pada tempat ini. Sekiranya ke Taiping 'waze' sahaja tempat ini yang terletak di Assam Kumbang dan anda akan disambut dengan mesra oleh pekerja-pekerja di sini.  aneka jenis bijian kopi sebelum di proses Kami yang excited bergambar..hehe kami diberi penerangan berkenaan Antong coffee mill melalui tayangan video ...

Satu hari di Kuala Kangsar

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Apabila berpindah di sini, antara tempat yang sangat teringin untuk saya pergi ialah ke Kuala Kangsar. Saya sukakan tempat sejarah untuk di lawati. Setelah lebih setahun, akhirnya berkesempatan juga untuk buat 'short gateaway' di Kuala Kangsar. Alhamdulilah dapat meluangkan satu hari berjalan-jalan di tempat ini. Perjalanan dari Bagan Serai ke Kuala Kangsar tidaklah begitu jauh, lebih kurang 60 kilometer. Hampir satu jam perjalanan kami ke Kuala Kangsar. Masjid Ubudiah, antara ikon senibina Kuala Kangsar, Masjid yang dibina pada 1913 mempunyai senibina yang cukup cantiikmdan unik berbentuk oktagon walaupun pada masa itu kepakaran senibina adalah terhad Tempat pertama yang kami singgah di Persiaran Sayong. Di situ kebanyakkan banyak kedai perusahaan labu sayong. Kami hanya waze sahaja perjalanan kami. Kebanyakan kedai labu sayong adalah berhampiran antara satu sama lain. Jadi dari satu kedai ke satu kedai saya cuma menapak sediki...

Ban Pecah, Tanjung Piandang

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ban pecah merupakan persisiran pantai berbatu yang terletak lebih kurang 21 km daripada Bagan Serai dan 5 kilometer dari Parit Buntar. Kedudukannya terletak di Tanjung Pandang dan merupakan antara tarikan utama buat pengunjung di sekitar Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Ban pecah merupakan lokasi yang cukup dikenali bagi yang sukakan memancing ikan dan merupakan tumpuan bagi penggemar makanan laut kerana terdapat macam kedai makan dan restoran yang berhampiran menyajikan makanan laut yang sungguh menyelerakan. Di tepian pantai ban pecah didirikan batu batu untuk menghalang hakisan akibat ombak laut, dan kedudukannya berhampiran dengan perkampungan dan sawah padi menjadikan kawasan ini sungguh strategik dan cantik mata memandang serta sangat memberi ketenangan. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai kecil yang menjual air dan makanan ringan. Ban pecah juga menyimpan mitos sendiri di sebalik kejadia...