Posts

Showing posts from March, 2018

Kek kulit oren / Orange peel cake

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kek kulit oren Semalam kelas dengan pelajar bagi produk penghasilan marmalade orange? Ada yang gemar marmalade orange tak? Alhamdulilah kelas berjaya dijalankan dengan baik. Bila proses mengemas makmal, saya dapati ada lebihan banyak kulit oren tadi. Sebelum dimasukkan di dalam marmalade. Kulit oren itu di rendam dengan air garam seketika untuk membuang sisa-sisa kotoran, dan di masak berulang kali bagi membuang rasa pahit. Kita ambil bahagian kulit luar sahaja tidak termasuk lapisan putih itu. Lapisan putih itu yang menyebabkan rasa pahit. Kemudian di rendam dengan air gula sekurang-kurangnya 2 jam. Setelah itu akan dikeringkan di dalam oven. Setelah melalui beberapa proses itu, sayang pula hendak di buang. Pelajar-pelajar memang tidak berminat memandangkan mereka tinggal di asrama. Jadi saya terfikir hendak membuat kek kulit oren mudah ini.  kulit oren yang telah disediakan Di bawah ini saya share resepinya untuk simpanan saya ju

Resepi masak lemak udang belimbing buluh

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Apa khabar semua??? Sekarang sedang musim buah belimbing buluh di sini. Pokok di belakang rumah sedang banyak mengeluarkan buah belimbing buluh. Jujurnya saya tidak pernah makan buah ini. Banyak orang yang mengatakan sangat sedap buat jeruk, masak lemak dan juga boleh di buat sambal belacan. Kebetulan di dalam peti sejuk ada udang. Jadi try buat masak lemak udang. saya guna resepi ofismate sata...kak rahiza shima. Sebab banyak kali tengok masak lemak kuning dia sangat menyelerakan.  Ini resepinya yang sangat mudah. Cara membuatnya: 1. Tumbuk kunyit , cili padi, dan garam (saya guna 3 biji cili padi je sebab ada budak-budak, tu pun agak pedas) 2. Kemudian, letak air sedikit dan jerang dalam periuk sehingga nampak kering sedikit. 3. Masukkan santan (saya guna satu biji kelapa parut yang saya perah untuk dapatkan santan) 4. Kacau dengan api perlahan. 5. Boleh tambah air jika pekat. 6. Kemudian tambah ikan, ayam atau udang. (saya guna

Spritzer Ecopark Taiping

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Jika anda berkesempatan ke Taiping, selain mengunjungi ke Zoo, Muzium ataupun ke Kuala Sepetang, apa kata ke Spritzer Ecopark. Di sini terdapat taman yang boleh dilawati, cafe dan selain itu jika bernasib baik dapat mengikuti 'tour plant' melihat sendiri bagaimana produk air jenama Spritzer di buat. Spritzer di Taiping sudah bermula pada tahun 1989 tetapi operasi pengilangan yang terletak di Air Kuning, Taiping ini beroperasi pada tahun 1994.  Kilang pemprosesan air spritzer di sini adalah beerkeluasan 330 ekar yang merangkumi 8 punca mata air dengan kedalaman 420 kaki. Selain daripada jenama Spritzer, terdapat beberapa jenama air mineral dan air minuman juga turut dikilang di sini seperti jenama cactus, tinge dan juga air berkarbonat.  Dihadapan Spritzer Ecopark Minggu lepas, saya membawa pelajar-pelajar lawatan ilmiah di sini. Objektif lawatan adalah untuk melihat bagaimana proses awal hinggalah ke akhir yang melibatkan proses

Langkah demi langkah resepi kuih bingka pandan sedap

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Siapa suka sangat makan bingka pandan??? Pertama kali makan bingka pandan dengan kak ina, kawan satu ofis terus makan tak ingat dunia. Bila tanya resepi, kak ina cakap dia bukan sukat tetapi main agak2 sukatannya. Disebabkan teringin sangat nak belajar buat resepi kuih bingka ni, terus belajar dan berguru dengan kak ina. Ini resepi sukatannya hasil daripada pembelajaran bersama dengan kak ina: Bingka pandan tanpa pewarna hijau Resepinya: Tepung gandung: 5 cawan Campuran santan dan air daun pandan: 6 cawan Air kelapa: 2 cawan (menggunakan sebiji kelapa) Gula: 2 cawan Mentega: 1 sdb Telur: 1 biji Garam: 1 sdk Kaedah penyediaanya: Bahan-bahan yang disediakan, telur itu sebiji sahaja, tetapi sebab terpecah nampak macam dua...sebenarnya satu shj. Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk warna lebih menarik. daun pandan yang dipotong Daun pandan yang dikisar dengan air/ boleh juga dikisar santan cair

Antong Coffee Mill Factory Taiping

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semalam kami yang terdiri daripada team SPK Kolej Komuniti Bagan Serai berjaya membuat lawatan ilmiah bersama-sama pelajar-pelajar kami ke Antong Coffee Mill Factory. Kilang ini merupakan kilang perusahaan yang memproses biji kopi yang tertua di Malaysia yang telah beroperasi pada tahun 1933. Kilang ini dibuka oleh Mr. Thiah Ee Mooi dan sehingga ke hari ini kilang ini masih beroperasi sepenuhnya dan sesiapa yang berkunjung ke sini bukan sahaja boleh melihat lebih dekat pemprosesan biji kopi yang diproses secara tradisional tetapi pada masa yang sama boleh melihat nilai-nilai sejarah yang ada pada tempat ini. Sekiranya ke Taiping 'waze' sahaja tempat ini yang terletak di Assam Kumbang dan anda akan disambut dengan mesra oleh pekerja-pekerja di sini.  aneka jenis bijian kopi sebelum di proses Kami yang excited bergambar..hehe kami diberi penerangan berkenaan Antong coffee mill melalui tayangan video

Apam coklat mekar kukus

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pagi tadi  bangun awal, bila buka peti sejuk baru teringat ada lebihan susu cair yang telah dibuka semasa buat kandi kelapa, masih banyak lagi tidak sampai separuh pun. Terus terfikir untuk buat apam coklat mekar. Boleh iman dan khaira bawak bekal di sekolah dan boleh juga sikit bawa untuk teman-teman ofis. Alhamdulilah, buat dalm pukul 5.30 pagi, siap kukus dan kemas semua dalam pukul 6.15 pagi. Sekejap dan mudah je resepi ini. Macam biasa laa resepi ini saya ambil daripada fb Azlina Ina. Terima kasih ya atas perkongsian. Bahan-bahan dan Kaedah: Bahan A: 1 1/4 cawan tepung gandum 1/2 cawan serbuk koko 1 sk soda bikarbonat 1 sk baking powder Sedikit garam Ayak kesemua dan ketepikan. Bahan B: 1 cawan minyak masak 1 cawan susu cair ! cawan gula (boleh kurangkan kepada 3/4 cwn) Blender kesemua bahan B dalam 3 minit. Masukkan kesemua Bahan B ke dalam bahan-bahan kering (Bahan A) Masukkan ke paper cup yan

Jalan-jalan cari makan Langkawi

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulilah, berada di Langkawi untuk tempoh 4 hari 3 malam, kami sempat meneroka jalan-jalan cari makan di sana. Saya agak bertuah, kerana banyak dibantu bekas pelajar saya, Najwa yang memang orang tempatan iaitu anak kelahiran Langkawi. Banyak info dan tempat menarik saya perolehi daripadanya. Untuk makan tengahari ada yang kami tapau makan di homestay, biasalaa bila ada budak-budak ni dengan macam-macam ragam dan peel yang di luar jangkaan tambah-tambah bila mereka dah kepenatan. Antara tempat yang sempat kami singgah dan tapau adalah seperti di Medan Selera Kompleks HIG, dan Kak Yan Nasi Campur, Ulu Melaka. Selain itu untuk makan tengahari boleh juga try di Nasi campur Top-BBQ Langkawi. Selain itu, untuk breakfast boleh juga singgah ke Medan Selera Kuah yang berhampiran dengan Sungai Kuah, Langkawi. Ini adalah tempat makan menarik yang boleh di cuba sepanjang di sana dan sempat saya rakam: 1) Nasi dagang Pak Malau Nasi dagang yang