Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jika anda berkesempatan ke Taiping, selain mengunjungi ke Zoo, Muzium ataupun ke Kuala Sepetang, apa kata ke Spritzer Ecopark. Di sini terdapat taman yang boleh dilawati, cafe dan selain itu jika bernasib baik dapat mengikuti 'tour plant' melihat sendiri bagaimana produk air jenama Spritzer di buat. Spritzer di Taiping sudah bermula pada tahun 1989 tetapi operasi pengilangan yang terletak di Air Kuning, Taiping ini beroperasi pada tahun 1994. Kilang pemprosesan air spritzer di sini adalah beerkeluasan 330 ekar yang merangkumi 8 punca mata air dengan kedalaman 420 kaki. Selain daripada jenama Spritzer, terdapat beberapa jenama air mineral dan air minuman juga turut dikilang di sini seperti jenama cactus, tinge dan juga air berkarbonat.
 |
Dihadapan Spritzer Ecopark |
Minggu lepas, saya membawa pelajar-pelajar lawatan ilmiah di sini. Objektif lawatan adalah untuk melihat bagaimana proses awal hinggalah ke akhir yang melibatkan proses penghasilan air mineral. Kami di bawa ke tempat pemprosesan tetapi tidak boleh untuk merakam segala gambar. Kami semua diberikan penerangan yang sangat baik oleh Mr. Vincent Lim dan Cik Farhana yang sangat membantu sepanjang 'plant tour' dilakukan.
 |
Sebelum aktiviti kami bermula, kami diminta berkumpul 'the discovery tunnel'. Di sini kami diberi penerangan oleh Mr. Vincent Lim dan Cik Farhana |
 |
Kotak air minuman yang begitu creative dijadikan tempat duduk dan meja |
 |
Inilah polimer resin yang merupakan bahan untuk menghasilkan botol air minuman dan air mineral. Setiap 1 minit hampir 300 botol di hasilkan |
 |
Sebelum memulakan 'tour plant' kami ambil gambar beramai-ramai di kilang penghasilan air mineral ini |
 |
Inilah pam yang digunakan untuk mengambil air yang terletak di bawah tanah yang berkedalamam 420 kaki bersamaan dengan bangunan 40 tingkat. Air dari bawah tanah ini akan di salurkan ke pusat rawatan dan sterilization. |
 |
Sebelu memasuki Ecopark |
 |
My ofismates |
 |
Me with budak bijak, Khaulah Amni |
Comments
Post a Comment