Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Apabila berpindah di sini, antara tempat yang sangat teringin untuk saya pergi ialah ke Kuala Kangsar. Saya sukakan tempat sejarah untuk di lawati. Setelah lebih setahun, akhirnya berkesempatan juga untuk buat 'short gateaway' di Kuala Kangsar. Alhamdulilah dapat meluangkan satu hari berjalan-jalan di tempat ini. Perjalanan dari Bagan Serai ke Kuala Kangsar tidaklah begitu jauh, lebih kurang 60 kilometer. Hampir satu jam perjalanan kami ke Kuala Kangsar.
 |
| Masjid Ubudiah, antara ikon senibina Kuala Kangsar, Masjid yang dibina pada 1913 mempunyai senibina yang cukup cantiikmdan unik berbentuk oktagon walaupun pada masa itu kepakaran senibina adalah terhad |
Tempat pertama yang kami singgah di Persiaran Sayong. Di situ kebanyakkan banyak kedai perusahaan labu sayong. Kami hanya
waze sahaja perjalanan kami. Kebanyakan kedai labu sayong adalah berhampiran antara satu sama lain. Jadi dari satu kedai ke satu kedai saya cuma menapak sedikit sahaja. Hajat di hati memang ingin lihat lebih dekat bagaimana proses labu sayong di buat tetapi hasil bacaan goggle sebelum ini proses pembuatan bukanlah setiap hari dan jika bertuah dapat lah tengok lebih dekat sekiranya kami datang. Oleh itu, jika yang datang dari jauh adalah dinasihatkan lebih baik untuk
contact sendiri ke kedai berkenaan sebelum datang supaya tidak kecewa.
Memenuhi permintaan MIL yang ingin melihat pembuatan labu sayong..dan ternyata rezeki berpihak kepada kami. Walaupun tanpa janji temu, kebetulan semasa kami singgah di kedai ini pemilik kedai ini sedang membuat labu sayong.
 |
| Seronok diorang tengok..pastu bila pak cik tanya nak try ke buat...malu2 plak...mama diorang yang terlebih excited |
|
 |
| Baik sangat pak cik layan mereka ni |
 |
| Pengalaman pertama untuk iman inshirah, dulu masa kecil mama tengok kat tv jer...huhu |
 |
| Khaira yang excited...hehehe |
Industri pembuatan labu sayong memang sudah bermula sejak puluhan tahun lalu lagi di Bandar diraja kuala kangsar. Alhamdulilah, saya berpelung mendapatkan sedikit penerangan ringkas mengenai pembuatan labu sayong. Melihat kepada cara pembuatannya dan proses penghasilan labu sayong yang memakan masa berhari-hari untuk siap, harga yang dikenakan kepada pengguna masih murah sebenarnya. Walaupun industri ini semakin berkembang maju, daripada teknik tradisional dan proses pembuatannya sudah beralih sedikit dengan penggunaan alatan moden seperti mesin pembancuh tanah dan sebagainya.
 |
| Mesin pembancuh tanah liat |
 |
| Acuan tembikar yang digunakan |
 |
| Tanah liat yang telah diproses di dalam mesin tadi di masukkan ke dalam acuan dan di biarkan kering dalam 1-2 hari bergantung kepada cuaca |
 |
| Acuan yang di buka, dan labu sayong yang telah membentuk akan melalui proses seterusnya seperti yang iman dan khaira belajar di atas sebelum dibakar dan dikeringkan lagi |
 |
| Tidak lokek melayan kami dan berkongsi info tentang proses penghasilan labu sayong |
 |
| Dah datang jauh apa lagi, borong la..hehehe, My MIL nak bawak balik Kajang. Happy dapat tunaikan permintaan dia untuk datang ke sini. |
Sebelum pulang kami melihat dan berpusing-pusing di sekitar bandar ini. Selepas makan laksa pokok limau, kami melihat bangunan-bangunan lama yang masih lagi tersergam, melihat MCKK yang tersohor, melihat Pavilion Tower, Universiti Sultan Azlan Shah dan singgah di Taman permainan berhampiran dengan persiaran sungai sayong.
Masih banyak lagi tempat menarik yang belum sempat kami singgah. InsyaAllah panjang umur dapat lagi kami menjejaki kaki di sini lagi.
Comments
Post a Comment