Jalan-jalan cari makan Taiping

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pertama kali ke Taiping., sebenarnya sudah terus jatuh cinta. Masa tu sudah lupa keadaan diri yang menangis berhari-hari, badan yang lemah terbaring bila dapat tahu tiada kekosongan di Negeri Sembilan dan Selangor untuk dipostingkan semula dan tiada pilihan melainkan harus datang ke sini. Bukan sesuatu yang mudah untuk memulakan satu kehidupan baru, di tempat baru dan persekitaran baru. Terpaksa meninggalkan orang-orang yang kita kasihi dan rutin biasa yang bertahun-tahun sudah dilalui. Tetapi menjejakkan kaki ke sini membuat diri terus rasa terpesona. Magik kan??



Berbalik kepada kisah jalan-jalan cari makan, kami banyak mencari dan singgah tempat-tempat makan yang best di Taiping. Pada awalnya kami banyak merujuk direktori yang kami perolehi daripada kawan-kawan. Sesuatu yang agak menarik di sini kami dapat menikmati makanan yang sangat menyelerakan dengan harga yang sangat berpatutan. Dan paling istimewa layanan yang diperolehi sangat baik. Itulah bezanya jika dibandingkan dengan tempat kami di Kajang atau Bangi, membayar dengan harga yang mahal sekalipun belum tentu menjanjikan makanan yang diperolehi itu sedap.

Sebenarnya banyak tempat yang kami sudah singgah. Ini antaranya yang kami akui kesedapanya dan kami masih lagi meneroka lagi tempat makan best di sini. Sebenarnya lain orang lain seleranya. Jadi ini cuma panduan ringkas sahaja yang dapat saya coretkan yang menjadi tempat makan kegemaran buat saya, suami dan keluarga. Jika ada antara sanak saudara yang datang menyinggah atau kenalan rapat datang, disini jugalah kami bawak mereka. Dan sehingga kini kami masih lagi meneroka tempat-tempat makan yang sedap dan menarik di Taiping. A long journey to go..insyaallah.

UPDATED SEHINGGA 15 APRIL 2019

Laksa Telor Goreng Kamunting

Kedai ini berada di bawah pokok berhadapan dengan Petronas Petron, Kamunting. Kedai pertama yang kami explore semasa tiba di Taiping. Pertama kali makan laksa yang dihidang bersama telur goreng yang sangat rangup sangat. Suami yang bukan peminat laksa pun kalau turun Taiping mesti akan request nak makan sini. Anak-anak pun suka bila makan telur yang sangat rangup tu. Kedai ini tutup hari Jumaat dan buka sehingga pukul 6.00 petang sahaja.

Kedai dibuka setiap hari kecuali hari jumaat




Dari kiri, laksa biasa, laksa telur goreng dan laksa telur sebiji


Nasi Kukus Apollo (Kedai sudah tutup dan diganti dengan kedai lain)

Kedai nasi kukus ni antara kegemaran kami juga. Selain tempat yang selesa dan ada ruangan khas untuk kanak-kanak bermain. Menu di sini pun banyak pilihan dengan harga yang berpatutan. Menu yang paling saya suka nasi kukus dengan ayam goreng serai. Selain itu, di sini juga banyak pilihan makanan-makanan lain seperti western, char kuew teo, sate dan lain-lain lagi.


Roti jantan, Kaki Bukit Larut

Sekiranya singgah ke Bukit Larut, boleh lah singgah merasa roti jantan di gerai di kaki bukit larut. Memang sungguh menyelerakan bila telur separuh masak dimakan bersama dengan roti bakar serta dihidangkan dengan kacang panggang.


Restoran Wan Ikan Bakar Taiping

Restoran ini memang terkenal dikalangan pengunjung luar dan dalam Taiping. Disini banyak disediakan pelbagai pilihan menu bermula hidangan tengahari sehinggalah ke malam kerana restoran ini ada 2 sesi iaitu untuk sesi makan tengahari dan malam. Sesiapa yang suka makan nasi campur dengan aneka lauk kampung yang pelbagai boleh la singgah di sini.
(sumber:fb official Wan Ikan Bakar)


Yong tau fu, Medan selera belakang Bomba Taiping (notes updated sehingga 25/12/17)

Kepada yang sesiapa yang mengidam nak makan yong tau fu yang sedap boleh la singgah di medan selera belakang bomba Taiping. Selain yong tau fu di sini jugak banyak pilihan makanan lain seperti chicken chop, laksa dan aneka nasi goreng. Cuma kalau datang di sini, saya hanya mencuba yong tau fu ataupun dipanggil sotong kangkung. Deretan medan selera di sini memang banyak gerai yong tau fu, kami sudah cuba beberapa gerai yang pasti antara yang paling kena dengan tekak kami ialah gerai di bawah ini. So saya suggest sesiapa yang nak cuba yong tau fu dengan rasa kuah dia yang likat, sedap dan sedikit pedas boleh try sini dan sangat tidak mengecewakan. Biasanya kami pack makan di rumah dan adakalanya makan di situ bergantung kepada sejauh mana budak2 ni behave..hehe;-)

Kedai ni yang paling kami suka kuah dia...serius sedap!

Menyelerakan...memang licin pinggan;-)                
Air Koktail

Restoran Ansari Famous Cendol

Selain daripada Bismillah cendol yang terkenal, kalau teringin nak makan cendol dan pasembor boleh jugak singgah di sini. Memang ramai yang datang terutamanya bila semasa cuti sekolah atau umum. Ada beberapa jenis seperti cendol pulut, kacang dan biasa. Pasembor juga sedap.



Restoran Sri Cempaka, Kamunting, Taiping

Di sini memang antara pilihan kami sekiranya mak abah dan umi turun ke Taiping untuk sarapan pagi kerana banyak pilihan makanan  seperti pulut dengan inti manis, pulut kuning, nasi himpit, lontong, nasi lemak, roti canai, murtabak, bihun sup dan macam-macam lagi. Cuma kedai ni sentiasa dikunjungi ramai, jadi eloklah datang awal sebelum pukul 9.00 pagi jika ingin menikmati juadah dengan aman...hehehe. Antara menu saya yang cukup digemari ialah nasi ulam dan pulut kuning. Selain itu, pelbagai pilihan kuih-kuih tradisional. Memang rasa nak cuba semua dan sangat sesuai kepada sesiapa yang teringin mencuba masakan tempatan.

Nasi himpit dan pulut inti

Bihun sup


Nasi Arab Oasis

Kepada yang meminati Nasi arab boleh berkunjung di sini, Saya bukanlah peminat tegar nasi arab tetapi saya turut mengakui kesedapnnya. Antara menu yang paling saya gemari di sini ialah hanith lamb yang sangat lembut dan juicy, dimakan bersama dengan nasinya yang sedap. Teringat-ingat kesedapannya.



Kalau untuk berbuka puasa, atau jamuan beramai2 boleh order sebelum

Haneith lamb, my favourite
Haneith lamb RM19 dan Haneith chicken  RM13, nasi memang sangat banyak biasa portion saya berkongsi dengan anak-anak tu pun ada masa still tak habis juga



Nasi Ayam Hainan Simpang, Taiping, Perak

Setakat ini Nasi Ayam Hainan Simpang ini antara nasi ayam kegemaran saya dan suami selain daripada Nasi Ayam UST yang berhampiran di Kolej KomunitiTaiping. Antara keistimewaan tempat ini, ada banyak pilihan menu. Kebetulan saya datang untuk makan pagi tetapi agak lewat hampir pukul 9 lebih. Selain menikmati nasi ayam, kami juga sempat order Mi bandung dan Roti canai. roti canai pun sangat rangup dan sedap, kena lah dengan selera kami.Ini antara port kegemaran kami untuk singgah dan sangat strategik ditambah dengan banyak piihan menu dan kedai yang besar dan selesa untuk pelanggan.



Nasi ayam special...semua double...saya kongsi dengan anak...senang hehehe



Nasi Ayam yang sedap


Mi bandung dia mmg superb dan sangat tidak mengewakan



The BBQ Garage, Taiping

Sebenarnya dah jatuh hati dengan satu kedai western ni...memang so far menu dan rekaan dalaman kedai cantik sangat. Husband terus cakap kalau ada family datang dia nak bawa datang sini. Kebetulan MIL, FIL dan SIL datang so kami bawa di sini. MIL memang tak makan western tapi dia boleh habiskan spageti aglio oglio tu. Best..best..so far banyak yang kami makan best...dan memang puas hati sangat.
 
(SUMBER: FB the BBQ Garage)


Sedap and dah try pun (SUMBER: FB the BBQ Garage)

Sedap sangat tapi sikit...tak cukup nak makan..hehe



PAK YEOP CORNER PULUT DURIAN
Sesiapa teringin yang nak makanan berasaskan durian, silalah berkunjung di sini. Kebetulan teringin sangat nak makan pulut durian, sebelum ini makan di beberapa buah kedai, tetapi kedai ini merupakan pilihan terbaik buat saya setakat ini. Harga sepinggan pulut durian lebih kurang RM8 (ketika ini 21/10/2017) sepinggan, so far harga berpatutan walaupun musim durian telah berakhir.

Cendol durian

Pulut durian

Cendol Pulut

SALLEH STALL MEE UDANG PORTWELD

 Kuala Sepetang memang terkenal dengan pelbagai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi tidak kurang juga terkenal dengan keenakan mee udang. Saya memang bukan peminat mee udang atau pun makanan yang berkuah ini, tetapi setiap kali ada sedara mara ataupun tetamu yang datang bertandang, Kuala Sepetang antara tempat persinggahan untuk saya membawa mereka. Mee Udang Mak Jah juga sebenarnya tidak kurang sedapnya, dengan tempat yang selesa dan beberapa kemudahan yang disediakan dengan aneka menu pelbagai pilihan.  Salleh Stall agak kecil ruang namun kini dalam proses pengubahsuaian (ketika ini 10/12/17) harapnya di kemudian hari lebih selesa untuk pengunjung yang datang dari jauh. Harga menu bergantung kepada saiz udang yang dipilih iaitu kecil (RM8), sederhana(RM15) dan besa(RM20)r.  Antara menu yang kami cuba di Salleh Stall: 


Mi udang saiz sederhana dengan rasa kuah yang pekat dan sedap
Mi rebus udang antara pilihan yang saya suka
Mi goreng udang yang  digoreng ala mamak dan sesiapa yang sukakan mi goreng style ini boleh cuba

 Larut Matang Hawker Centre, Taiping (Stesen bus lama Taiping)

Kalau nak mencuba masakan 'old skoll' boleh singgah ke sini. Di dalam sini banyak gerai makanan yang menyajikan aneka jenis makanan dan ada kedai yang telah wujud dari zaman 70-an lagi. Antara yang kami cuba ialah mee combat, popiah dan murtabak. Mee combat kegemaran saya ialah mee goreng daging. Selain itu boleh cuba popiah di sini Tetapi jika datang petang memang popiah akan habis.





Mee goreng combat, mee goreng ala mamak RM4

popiah yang sedap...kalau datang petang memang comform habis


Murtabak RM5


 ROTI BAKAR ARANG FADZIL HOUSE

Hujung minggu kami kebetulan mahu membawa anak-anak bermain di Taman Tasik Taiping, singgah dahulu sebelum itu sarapan pagi di Roti Bakar Arang Fadzil House. Kedai ini terletak di Pokok Assam. Kami tiba pukul 8.15 pagi. Kedai sudah penuh tetapi jangan risau masih ada lagi meja dan kerusi untuk duduk. Menjelang pukul 9 pagi lebih semakin ramai yang datang dan singgah ke kedai ini. Saya mencuba roti kukus yang sangat lembut disapu dengan kaya pandan yang sangat beraroma dan roti bakar. Suami dan anak-anak makan nasi lemak. Nasi lemak sangat sedap  yang cuma budak sambalnya agak pedas. Sesiapa penggemar nasi lemak dan roti bolehla singgah dan mencuba di sini.

Breakfast pagi kami

Nasi lemak paru

Roti kukus dengan kaya pandan...superb!!

 SELERA AZRORASA

Kalau ke Taiping jika tidak pekena kari ikan sembilang memang tidak sah. Antara kedai yang saya tidak pernah lupa kesedapan kari ikan semilangnya ialah di Azrorasa. Kedai ini terletak di Kampung Matang Gelugor, bersebelahan Kuala Sepetang. Jangan terkejut jika datang ke sini, sebab kedainya memang jauh sedikit ke dalam. Tetapi insyaAllah sangat berbaloi di samping permandangan anak sungainya yang sangat menenangkan. Selain kari ikan sembilang, boleh cuba dengan sambal ketam dan pelbagai aneka masakan kampung yang lain. Kedai ini dibuka setiap hari kecuali hari isnin bermula pukul 12 tengah hari hingga 10 malam.






From Taiping With Love <3 <3 <3

Comments

  1. Saya rasa medan selera bomba Taiping tu yong taufunya memang sedap. Cumanhati2 dgn harganya kerana kalauntersalah pilih akan koyak poket. Rasanya harga agak mahal berbanding dgn yong taufu di KL sendiri. Dan sesuatu yg mendukacitakan ialah kalau makan tengah hari di gerai pertama medan bomba yg jual nasi ulam tu.....layanan mulutnya mmg manis sangat....Tapi selepas minta kira, phehh...potong leher terus. BulannDisember 2017, kami 2 pax makan nasi putih, kembong bakar saiz kecil 2 ekor, daging kari liat ala getah sekerap 2 sudu shj, gulai lemak nangka l/kurang 2 sudu, nescafe panas 1 , air suam 1, dan ulam sikit....RM21.00!!! Kalau di KL baru sekitar RM15-RM 17.00 shj paling tinggi.
    Apa pun cuba sarapan di gerai2 dlm kqwasan masjid Kpg Jambu, Taiping. Memang sedap terutama nasi goreng dgn ikan kembong lengat! Terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di medan selera bomba taiping, saya memang mencuba yong tau fu sahaja, tetapi harga memang berbeza la setiap kedai. Setakat ini saya paling suka Sri Kenangan Bomba Taiping tu jer...hehehe, harga still ok laaa jga.., cuma kalau da tambah sotong harga sedikit tinggi laa hehe.. Wah...nanti kami boleh try Masijid Kampung Jambu tu...x pernah try..tq untuk suggestion..;-)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak