Plastik, tupperware dan sejauh mana kesannya?
Ok jom kenali 7 jenis plastik yang ada disekeliling kita, yang mana kita perlu pilih dengan selamat, guna dengan hati-hati ataupun elakkan dari guna. Kita boleh kenal berdasarkan simbol yang kebanyakkanya tertera dekat bahagian bawah plastik yang dipanggil sebagai no resin.
Pilihan selamat untuk digunakan dalam kategori 2,4 dan 5. Manakala kategori 1 dan 7 perlu digunakan dengan hati-hati. Contoh botol air mineral besar ataupun kecil hanya sekali sahaja boleh digunakan sebabnya bila digunakan berulang-ulang kali lapisan polimer dalam botol keluar dan boleh menyebabkan bahaya.
Dan paling penting cuba elakkan penggunaan plastik dari kategori 3 dan 6 terutamanya dalam penyediaan makanan. Tolong dan tolong jangan hidangkan pada tetamu untuk mengisi makanan dan minuman yang panas kerana plastik kategori ini tidak tahan panas. Polisterene sangat bahaya untuk kesihatan otak dan sistem reproduksi. Plastik boleh mempengaruhi ketidakseimbangan hormon dan boleh menyebabkan pelbagai risiko penyakit yang berbahaya seperti kardiovaskular, kanser, dan lain-lain lagi. Cuba meminimakan penggunaan plastik dan jika perlu menggunakan plastik pilihlah daripada no resin seperti 2, 4, dan 5.
Selain itu, isu penggunaan plastik semasa menggunakan kaedah mengukus samaada untuk menyediakan makanan yang berkhasiat mahupun untuk menghasilkan kuih-muih tradisional. Sebaik-baiknya gunalah loyang stainless steel ataupun bamboo steamer yang lebih selamat berbanding menggunakan bekas yang berasaskan plastik. Meskipun bekas-bekas tersebut terbukti selamat untuk digunakan pada suhu yang tinggi dengan menggunakan kaedah pengukusan tetapi masih mampu untuk membawa mudarat untuk jangka panjang.
Jadi bagaimana pula penggunaan plastik jenama Tupperware? Saya merupakan salah seorang peminat produk tupperware di rumah. Bila tengok balik plastik tupperware kebanyakkanya menggunakan material dari no resin 5. Masih di dalam kategori selamat tetapi sejauh manakah tahap keselamatannya? Saya memilih langkah selamat dengan tidak menggunakan mana-mana bekas plastik samaada tupperware atau pun tidak semasa mengendalikan makanan dan minuman panas. Walaupun memang terbukti bekas-bekas tersebut selamat untuk penggunaan ketuhar gelombang mikro. Saya cuba secara beransur-ansur untuk beralih kepada penggunaan pinggan mangkuk kaca yang lebih tahan suhu yang tinggi.

Jom hidup sihat dan selamat. Mencegah lagi baik kan?

Comments
Post a Comment