Salam ramadan kareem 1438h
Alhamdulilah Wa Syukurillah...masih diberi peluang dan kesihatan yang sangat baik untuk terpilih dan berada di dalam bulan ramadan yang penuh berkah ini. Tahun ini bukan seperti bulan ramadan tahun-tahun lalu. Kali ini saya menyambutnya bersama Iman dan Khaira sahaja di sini. Hanya kami. Saya bersahur dan berbuka sendiri. Kadang-kadang air mata mengalir sendiri. Terasa sayu sangat. Masih lagi teringat-ingat saat dapat bersahur dan bebuka puasa dengan suami dan juga keluarga mertua di Kajang. Masih terbayang-bayang saat bahagia walaupun penat kami menapak ke bazar ramadan dan membeli makanan bersama-sama, menyediakan makanan bersama dan bersolat jemaah dan terawih. Jika dulu makanan memenuhi setiap sudut meja, tetapi kini saya berbuka dengan apa adanya sahaja. Jika khaira tidak mengamuk atau membuat perangai, saya cukup bernasib baik untuk memasak nasi dan lauk. Walaupun sesekali saya beria melihat resepi dan sambil memandu masih lagi terbayang-bayang makanan yang hendak di makan tika berbuka nanti. Tetapi sebaik sahaja tiba di rumah, rasa kosong dan 'sunyi' rupanya turut membunuh segala rasa. Akhirnya saya sudah cukup kenyang dengan sekadar meminum susu, air masak, kurma ataupun roti ketika berbuka.
Rindunya nak makan air tangan masakan umi dan mak. Saya tidak pernah mengidam sepanjang saya mengandung, jika ada terlintas nak makan pun saya hanya simpan sahaja di dalam hati dan seingat saya tidak pernah saya suarakan kepada suami atau sesiapa. Bukan kerana tiada siapa yang peduli tetapi saya sendiri memilih begitu mungkin kerana saya agak pemalu orangnya lebih-lebih lagi berbicara about pregnancy... hehehe. Saya jarang bercerita dengan sesiapa about my pregnancy journey termasuklah kepada suami, umi ataupun mak (mungkin selepas ini jika ada rezeki saya boleh tulis tentang itu). Tetapi biasanya apa yang saya terdetik hendak makan, pasti Allah mudahkan contohnya, mak tiba-tiba buat lempeng kelapa yang saya tiba-tiba terlintas hendak makan, pulut dengan kelapa, pulut kuning ataupun sambal petai yang sememangnya kegemaran saya. Kini, jika saya terlintas hendak makan pun saya tahu tiada lagi keajaiban seperti itu akan berlaku. Tiada peluang untuk berbuka puasa bersama umi mahupun keluarga mertua dan apa lagi menikmati sentuhan air tangan mereka. Sesekali hati juga berbisik adakah ini kifarah dosa buat saya yang meletakkan saya 'sendiri' di sini? Jauh daripada suami, jauh daripada umi, mak, abah dan adik beradik yang lain. Adakah ini boleh dikatakan musibah? Apa hikmahnya Ya Allah?

Inilah bulan ramadan, bulan kesabaran untuk segala segi. Bulan kesabaran dalam menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah swt dan mendidik nafsu untuk tunduk. Pada bulan ini, pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan syaitan durjana dibelenggu daripada menganggu manusia. Pada bulan ini kita hanya berperang dan bergelut dengan hawa nafsu sahaja untuk melakukan segala amal kebaikan sebanyak-banyaknya. Bulan yang penuh berkah dan dijanjikan didalamnya dengan ganjaran pahala yang dilipatgandakan. Diriwayatkan juga bahawa amalan sunnah di bulan Ramadhan memiliki pahala yang sama dengan amal wajib. Satu amal wajib yang dikerjakan di bulan ini setara dengan 70 amal wajib. Rasulullah bersabda:
'Ramadan itu awalnya rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan diakhirnya dibebaskan daripada api neraka'
Sumber: goggle |
Saya mengsyukuri nikmat-nikmat daripadaNya. Saya sedar saya tidaklah benar-benar sendirian. Masih ada Iman dan Khaira disisi. Tetapi saya cuma manusia biasa, saat menguruskan mereka yang sepenuhnya menuntut perhatian dan kekuatan fizikal dan mental daripada saya, saya akur Ya Allah...saya tidak kuat Ya Allah, teramat penat dan letih. Tiada kata yang dapat disusun dan digambarkan. Rupanya sudah enam bulan, setiap hari melihat kalendar tanpa jemu. Namun, saya tiada kuasa Ya Allah melainkan kepada-Mu diserahkan segala-galanya. Tiada kuasa untuk mempercepatkan waktu berjalan dan memperlambatkan masa jua.
Ya Allah Ya Zal Jala Liwal Iqram (Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan)
La Illa Ha Illa Anta Subha Naka Inni Kuntum Minaz Za Limin (Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim)
Walaupun demikian, seharusnya tidak ada alasan untuk bersedih dan bermuram durja sebenarnya. Bantulah aku untuk tabah Ya Allah. Bantulah aku untuk kuat Ya Allah. Bulan ramadan kali ini tetap mesti disambut dengan kecerian, kebahagiaan dan kegembiraan kerana ramadan yang akan datang belum pasti menjadi milik kita. Mungkin ini masa dan keadaan terbaik buatku dan anak-anakku. Semoga ramadan kali ini menjadikanku manusia dan hamba-Mu yang lebih baik, lebih bersyukur dan lebih taat kepada-Mu. Engkau jagalah orang-orang yang aku sayang Ya Allah. Jagalah suamiku, aku tiada disisnya untuk menyediakan makanan dan minumannya, menjaganya tika dia sakit, penat dan lelah. Engkau jagalah umiku Ya Allah, aku memahami kesunyiaanya dan ubatilah dan gantilah kesunyiannya Ya Allah. Ya Allah Engkau kasihanilah mak dan abahku, semoga ada orang-orang yang mereka kasihi berada disisi dan menemani mereka. Jangan biarkan mereka sendiri Ya Allah. Mereka berhak untuk bahagia dan gembira, aku tiada disisi mereka untuk mencorakkan seyumannya, namun aku berdoa jauhkanlah mereka daripada merasai peritnya sunyi dan sendiri itu.
Salam Ramadan ke 10.
Comments
Post a Comment