Resepi kek minyak yang mudah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pertama kali mencuba resepi kek minyak. Kekeringan idea nak bawa apa untuk balik kampung suami di Selama, Perak kerana kami buat aqiqah untuk Khaira Khadijah dan disekalikan sekali kenduri kesyukuran sempena  memasuki rumah baru mak lang dan chu di kampung. Saya juga kesuntukan masa dan waktu yang terhad, dan memilih kek minyak yang boleh disediakan awal dan penyediiannya pun mudah. Ini saya kongsikan resepinya.


Bahan-bahan:
5 biji telur
3/4 cwn gula halus (saya kurangkan lg kepada 1/2 cawan)
2 cwn tepung gandum
1 tsp baking powder
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
1 tsb ovalette
1 tsp esen vanila
Perasa nenas atau pisang (saya x masuk)
Pewarna mengikut citarasa(saya guna pink, biru, hijau dan kuning)


Kaedah:
1-Pukul telur, gula dan ovalette hingga gebu
2-Masukkan susu pekat, esen vanila dan pukul sebati.
3-Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul tetapi hanya sekadar bergaul rata sahaja
4-Masukkan tepung gandum dan baking powder. (saya guna kaedah kaup balik shj)
5-Bahagikan adunan kepada 3-4 bekas dan warnakan
6-Bakar pada suhu 170 selama 45 minit (bergantung kpd oven masing2)


Sumber resepi asal: GOGGLE



kek yang tidak pernah bosan untuk dicuba

Lembut dan gebu keknya


Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak