Trong Leisure Farm & Resort
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Akhirnya sampai juga kami di sini. Sudah lama ingin ke sini tetapi kami tangguhkan sehinggalah kebetulan Aleesya dan Akid datang ke sini, jadi rasanya boleh lah bawa mereka bersama Iman dan Khaira sekali. Bayaran masuk untuk dewasa yang berusia 65 tahun ke bawah berharga RM8 dan warga emas 65 tahun ke atas ialah RM6. Manakala kanak-kanak berusia 4-12 tahun RM4. Trong Leisure Farm & Resort terletak di Trong, berhampiran dengan pekan Changkat Jering, Taiping, Perak.
Sebaik sahaja memasuki Farm tersesebut, kami menunggu untuk menaiki tractor untuk di bawa mengelilingi farm tersebut. Sejuk dan nyaman mata memandang melewati tasik, kemudian merentasi melihat itik-itik yang berada di dalam ladang tersebut. ada yang berlari-lari di sekitar tasik, ada yang berenang di dalamnya. Comel sangat melihat anak-anak itik yang berlari-lari. Walaupun agak berbau sebab bau itik kan tetapi saya rasa bagus untuk memberi pendedahan baru kepada anak-anak ini.
Selepas melihat kawasan penternakan itik-itik ini, kami menyelusuri tasik di sini dengan menaiki bot yang disediakan. tiada bayaran lagi yang dikenakan dan kami diberi masa lebih kurang 10 minit tetapi kebetulan semasa kami datang tidak ramai orang mungkin kerana bukan musim cuti sekolah, jadi kami tiada masalah untuk mengelilingi tasik ini lebih daripada masa yang ditentukan.













Comments
Post a Comment