Assalamualaikumdan selamat sejahtera;-)
Sesiapa yang dekat sini peminat tempe...???? saya salah seorang pun.... Pertama kali saya makan tempe masa belajar di UPM. Ingat lagi masa tu dalam kelas Prof Ghulam untuk subjek Food Safety tak silap (tahun 2003)... Masa tu Prof Ghulam terangkan beberapa contoh makanan fermentasi yang menggunakan mikroorganisma dan Rhizopus adalah mikrob yang bertanggungjawab untuk proses pembentukan tempeh. Inokulum atau pun bahasa mudah ragi tempe dimasukkan untuk membantu membentuk bijian kacang soya tadi bercantum antara satu sama lain dengan pembentukan kulat putih yang meliputi permukaan tempe. Masa tu dalam kelas ternganga kejap...tak pernah dengar nama tempeh...makannya lagi la tidak pernah... Terus tanya kawan sebelah tempe tu apa??? Masa tu kawan cakap ada jual kat Food Court, terus cuba dan sampai sekarang memang suka sangat tempeh niii...hehehehe
Jadi sekarang tibalah masa diri sendiri mengajar anak-anak pelajar di Kolej Komuniti untuk proses menghasilkan tempeh. Salah satu kandungan silibus di dalam Kursus Pemprosesan Hasil Bijian yang perlu di ambil oleh pelajar ialah pelajar dikehendaki menghasilkan tempeh mengikut kaedah dan formulasi yang betul. Kursus ini merupakan kursus teras yang perlu diambil oleh pelajar yang memilih untuk menyambung Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. Di sini Saya konsikan langkah demi langkah penghasilan tempe yang telah berjaya dilakukan oleh pelajar-pelajar saya. Kepada sesiapa yang berminat boleh daftarkan anak-anak untuk mengikuti kursus sepenuh masa ini ataupun kami juga boleh mengadakan kursus pendek penghasilan tempeh. Kepada yang berminat boleh hubungi Puan Rahiza Shima, Jabatan Pembelajaran dan Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Bagan Serai di talian 05-7210020.
 |
| Kacang soya direndam semalamam sebanyak 400g dengan air yang berlebihan |
 |
| kemudian dibersihkan dan dibuang kulit |
 |
| Inokulum tempeh atau ragi tempeh yang digunakan |
|
|
 |
| Kacang soya yang sudah dibersihkan, direbus sehingga empuk atau selama 30 minit |
 |
| Kemudian ditoskan, dan dikeringkan. Boleh keringkan guna cahaya matahari atau pun guna tisu dapur untuk mempercepatkan proses pengeringan. |
|
 |
| Bila sudah betul-betul kering, ragi yang ditimbang 5g di tabur di atas kacang soya |
Comments
Post a Comment