Koleksi resepi Azlina Ina untuk aneka kek dan apam berasaskan pisang
Resepi Kek Pisang dan Apam Pisang gebu dan sedap (Resepi Azlina Ina )
Kek pisang antara kek old school kegemaran saya. Sebelum ini sudah beberapa kali membuat kek pisang tetapi end up tidak puas hati kenapa kek pisang tidak menjadi seperti sepatutnya gebu, lembut ataupun timbul urat hitam...tetapi bila follow up Azlina Ina kat facebook, banyak tips yang dipelajari dan setelah mencuba beberapa resepi beliau memang sangat tidak mengecewakan. Semoga Allah merahmati beliau sebab selalu buat kelas free online baking tanpa bayaran sesen pun. Bukan mudah untuk menjumpai orang seperti beliau dalam kehidupan masa kini yang segala-galanya menuntut duit untuk hidup. Malahan beliau tanpa rasa ragu-ragu ataupun takut untuk berkongsi resepi meskipun beliau sendiri pun mempunyai bisnes.
Alhamdulilah so far resepi beliau memang comform jadi dengan tips-tips sekali, kalau newbie yang baru-baru nak belajar pun memang tak de masalah pun sebabnya memang dia tunjuk step-by step. Di sini saya kongsikan antara tips-tips yang saya baca untuk menghasilkan kek pisang yang gebu dan cantik ialah:
Alhamdulilah so far resepi beliau memang comform jadi dengan tips-tips sekali, kalau newbie yang baru-baru nak belajar pun memang tak de masalah pun sebabnya memang dia tunjuk step-by step. Di sini saya kongsikan antara tips-tips yang saya baca untuk menghasilkan kek pisang yang gebu dan cantik ialah:
1- Jangan memasukkan pisang terlalu banyak, nanti kek akan lagi jadi berat. (Cara saya ialah selepas melecek pisang saya akan sukat paling maksimum pisang yang saya gunakan ialah hanya 1 cawan metrik. Biasanya pisang emas yang kecil-kecil tu dalam 7-8 biji bergantung kepada saiz dan jika menggunakan pisang nipah hanya 3 biji sahaja.
2- Jika menggunakan pisang emas, tips untuk membentuk urat hitam yang cantik pada kek adalah dengan membiarkan pisang hingga lebam (hitam) setelah dilecek.
Di sini saya attach antara resepi daripada Azlina Ina yang pernah saya cuba dan saya akui kesedapannya:
1) RESEPI KEK PISANG COKLAT GEBU
![]() |
Taraaaaaa......memang gebu dan sedap sangat |
Bahan-bahan
Bahan A:
3 biji pisang berangan (saya guna pisang nipah), dilecek hingga halus dan masukkan 1/2 tsp soda bikarbonat. Biarkan 10 minit dan tutup.
Bahan B
Cairkan mentega dan sukat 3/4 cawan dan biarkan dalam keadaan suam
Bahan C
2 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsb serbuk koko
2 tsb susu tepung perisa coklat (jika tiada susu coklat gunakan susu biasa, tetapi lebihkan serbuk koko lagi 1/2 tsb)
Bahan D
5 biji telur gred B (4 biji gred A)
1 cawan gula perang
1 tsp esen vanilla
1 tsb ovalate
Kaedah Penyediaan
1. Mix semua bahan D sehingga gebu dan ringan
2. Matikan mixer, masukkan pisang dan kacau
3.Masukkan tepung dan kacau
4. Akhir sekali masukkan larutan mentega tadi dalam keadaan masih suam
5. Boleh guna loyang 6x6 dapat dua bekas, ataupun loyang 8x8.( Loyang 8x8 kena guna loyang yang yang agak tinggi sebab melebihi separuh adunan, boleh juga guna loyang 9x9).
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah diglis dan di alas baking paper.
7. Boleh tabur coklat chips dan juga badam
8.Bakar pada suhu 170 C selama 45 min hingga masak (bergantung kepada oven masing)
![]() |
Sebelum masuk oven, saya guna loyang 8x8, saya pindahkan sedikit dalam 3 muffin cup, sebab takut kek terkeluar kerana hampir penuh., Mungkin loyang 9x9 lebih sesuai. |
![]() |
Percubaan kali kedua menggunakan loyang 10 inci, kali ini tak tabur badam |
2) RESEPI KEK PISANG MOIST DAN GEBU
![]() |
Hasilnya....memang lembut dan gebuu sangat, yang ini saya gunakan pisang emas |
![]() |
guna loyang 8 inci |
![]() | |||
Letak dalam mufin cup sikit, nampakkk kannn kegebuannya itu,,,hehehe |
3) RESEPI APAM PISANG GEBU
![]() |
Gebuuuu...dan lembut....memang sedapppp sangat...tahan berhari-hari, puas laa makan...hehehe |
![]() |
Resepi yang sama juga tetapi memakai 100% gula caster tanpa madu. Warna lebih cerah. Tetap gebu. sama jugak..pisang dan tepung dikaup balik sahaja untuk menampakkan urat hitam lebih jelas. |
4) RESEPI KEK MARBLE PISANG
![]() |
Saya taburkan coklat chips, masa saya buat tiba-tiba oven ada masalah timer tak bergerak, jadi saya terpaksa mengambil masa yang lama untuk bakar. |
![]() |
Buat untuk kawan, then dia cakap sangat sedap, cuma lapisan marble saya tidak jelas mungkin disebabkan serbuk koko saya, lain kali boleh tambahkan coklat emulco. |
![]() |
My2nd time try...serbuk koko yang guna lauh lagi terang walaupun kuantiti sama |
![]() |
Sedappppp sangattt....puas hati percubaam kali ini |
4 bijik pisang kalini ina gune pisang awak sbb tu je yg jumpe hehe (saya guna pisang emas)
Lecek kan pisang tu sukat dalam 1 cawan
Sementara tu masukkn
4 bijik telur dalam blender
3/4 cawan minyak
3/4 cawan gula kalau gune pisang emas atau berangan sukatan ni dah manis kalau gune pisang awak 1 cawan pon ok sedang2 manis die
Blender bahan2 ini dalam 5 mnt atau smpai semua kelihatan bercampur sebati..
Masukkn pisang dan sedikit esen pisang blender lg smpai sebati
Sementara tu ayak kan
1 1/2 cawan tepung gandum
2sk soda bikarbonat
1sk baking powder
Masuk dalam blender td sket2 maksud nye letak tepung on blender (yang ini saya kaup balik, saya keluarkan dari blender dan campurkan ke dalam bowl yang mengandungi tepung dan guna kaedah kaup balik)
Ulang smpai abis ye
Bahagi 2 adunan 1 adunan letak kan 2sb serbuk koko kacau
Tuang dalam loyang guna loyang 6 atau 7 adunan ni xla byk sgt (saya pakai loyang 8 inci just nice)
Tuang beselang smpai abis panaskan oven atau kukusan bakar suhu 150 masa 40 mnt bila 10 mnt berlalu turun kan suhu 130 dan bia smpai masak..atau kukus pula selama 45 mnt siap
Sedappp nyee
ReplyDelete