Resepi my black beauty chocolate cake moist
Assalamualaikum dan salam sejahtera;-)
![]() |
| Masa harijadi Iman Inshirah pada 12/3/2017 |
![]() |
| Kek sempena majlis akhir tahun school iman dan khaira kek coklat moist untuk majlis penutup akhit tahun khaulah amni;-) |
Antara resepi kek coklat kegemaran saya, resepi ini juga saya guna untuk buat jualan masa hari raya zaman bujang dulu-dulu kala...memang tidak mengecewakan. Biasanya saya pakai hand whisk je adunan tu tak guna mixer pun.
Di bawah ini resepinya ya dengan coklat ganache sekali.
Bahan A
1. Air 250 g
2. Gula 350g
3. Garam 1/2 tsp
Bahan B
1. Serbuk koko 65 g
Bahan C
1. Telur 2 biji
2. Susu 200 g
3. Minyak sayuran 200 g
Bahan D
1. Tepung 250 g
2. Baking powder 1 tsp
2. Baking soda 1 1/2 tsp
COKLAT GANACHE
1. Susu 120 g
2. Coklat masakan 250 g
3. butter 15 g
KAEDAH
1. Masak Bahan A hingga mendidih. Masukkan Bahan B dan sebatikan. Sejukkan.
2. Pukul Bahan C hingga kembang dan masukkan Bahan D. Adun sehingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan Bahan Adan B yang telah disejukkan. Adun sehingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam acuan yang telah diglis dan bakar pada suhu 150 selama 1 jam
5. Sejukkan kek dan hiaskan dengan coklat ganache.
6. Coklat ganache- didihkan susu, kemudian masukan coklat masakan yang dipotong dan masukkan mentega.
UPDATED 30/7/18
6. Coklat ganache- didihkan susu, kemudian masukan coklat masakan yang dipotong dan masukkan mentega.
UPDATED 30/7/18




Comments
Post a Comment