Family day KKBSE at Bukit Merah Lake Town Resort

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 31/112/2017, hari terakhir di tahun 2017, kami warga Kolej Komuniti Bagan Serai telah pun mengadakan hari keluarga kami di Bukit Merah Lake Town Resort. Dekat sangat dengan rumah saya tetapi hampir setahun berada di sini belum kesempatan untuk masuk. Tahun pertama kami di sini lebih banyak masa yang terpaksa kami ambil untuk penyesuaian diri termasuk emosi dan tempat tinggal. Jadi kesempatan yang ada kami gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya untuk eksplorasi tempat di keliling kami. 




Sebelum aktiviti bebas, kami memulakan aktiviti dengan sukaneka untuk acara kanak-kanak dan dewasa. Nak tergelak-gelak kami melayan kan anak-anak yang tak boleh nak memberi tumpuan bersukaneka sebab masing-masing mata dah tertumpu dengan waterpark. Diikuti dengan sukaneka dikalangan staff dan family. Aktiviti yang dijalankan boleh mengeratkan lagi silaturahim sesama kami.



Selepas aktiviti penyampaian hadiah dan cabutan bertuah, kami meluangkan masa yang ada menemani anak-anak bermain air di water park. Biasanya hujung tahun, Bukit Merah Laketown Resort selalu mengadakan promosi untuk cuti sekolah. Untuk mengetahui detail harga masuk boleh refer di website mereka:















Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak