Family gathering dengan Nasi Daging Noxxa di Pantai Port Dickson
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulilah dan syukur ke hadrat Allah SWT dapat berkumpul bersama keluarga di Kajang. Kalau ikutkan masa, keadaan dan waktu memang kerja tidak pernah habis dan banyak kekangan dan halangan kerja. Bukan sesuatu yang mudah buat kami untuk datang ke sana, memandangkan terpaksa menunggu husband datang dari Kajang ke Bagan Serai, dan dari Bagan Serai kami bersama-sama turun ke Kajang. Dan selepas itu dia menghantar kami balik semula ke Bagan Serai dan dia akan balik sendiri ke Kajang. Bila memikirkan keadaan yang kami akan tempuh ini memang rasa memenatkan tetapi bila mengenangkan mak dan abah yang banyak membantu dan berkorban untuk kami sepanjang kami berpindah dari Kajang ke Bagan Serai terus rasa apalah sangat yang kami lalui ini untuk dibandingkan dengan pengorbanan mereka...
Terima kasih Allah yang begitu banyak memudahkan perjalanan pergi dan balik ini dengan niat satu kami untuk mengembirakan hati mak dan abah serta pada masa yang sama dapat berkumpul dengan adik beradik lain. Kami memilih untuk bercuti di Port Dickson. Pagi sebelum bertolak dari Kajang saya telah membantu mak menyiapkan nasi daging, acar timun dan air asam. Manakala mak menyediakan ayam masak merah. Dengan adanya periuk tekanan ni sangat memudahkan kerja dengan cepat. Di bawah ini saya share penyediaan nasi daging.
A) Penyediaan Nasi Daging
Bahan-bahan
1 1/2 cawan susu cair
4 sudu besar mentega
5-6 biji tomato cincang
1 paket kecil (25 g) rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air
Daun pandan
garam
gula
3-5 sudu besar kismis
Kiub ayam/daging
BAHAN TUMIS
3 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
6 bunga cengkih
4 buah pelaga
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1. 1.5 kilo Daging yang dipotong sedikit besar dalam 4 inci yang telah dibersihkan dimasukkan bersama halia ke dalam periuk tekanan noxxa dan air- HP 33 min.
2. Selepas itu, keluarkan daging dan air rebusan daging.
3. Sukat 8 cawan beras (saya gunakan cawan kopi) bersihkan dan sukat 10 cawan air rebusan daging tadi.
4. STIR FRY BAHAN-BAHAN TUMIS
5. Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan air
6. Masukkan air rebusan daging, tomayo cincang, susu cair dan biarkan mendidih.
7. Masukkan daun pandan, garam, gula, kiub daging/ayam dan kismis.
8. Masukkan beras dan HP8.
9.Selepas itu gembur dengan dengan senduk kayu jika sudah siap.
B) Penyediaan Air Asam
Bahan-bahan
2 biji bawang besar
2 biji tomato
10-15 biji cili padi
1 biji cili merah
Sesudu besar air asam jawa dan dibancuh dengan air, tapis dan ambil airnya sahaja
garam dan gula
1. Hiris bawang besar, tomato, cili padi dan cili merah dan gaulkan
2. Masukkan air asam jawa, tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kalau suka berkuah boleh tambah sedikit air.
3. Perasakan dengan garam dan gula
B) Penyediaan Acar timun
Bahan-bahan
Timun batang
Bawang besar
Cili merah
garam dan gula
1. Hiris bawang besar, cili merah, timun dan gaulkan
2. Masukkan garam dan gula
3. Sesiapa yang suka boleh masukkan cuka, tetapi saya tidak masukkan.
2 biji tomato
10-15 biji cili padi
1 biji cili merah
Sesudu besar air asam jawa dan dibancuh dengan air, tapis dan ambil airnya sahaja
garam dan gula
1. Hiris bawang besar, tomato, cili padi dan cili merah dan gaulkan
2. Masukkan air asam jawa, tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kalau suka berkuah boleh tambah sedikit air.
3. Perasakan dengan garam dan gula
B) Penyediaan Acar timun
Bahan-bahan
Timun batang
Bawang besar
Cili merah
garam dan gula
1. Hiris bawang besar, cili merah, timun dan gaulkan
2. Masukkan garam dan gula
3. Sesiapa yang suka boleh masukkan cuka, tetapi saya tidak masukkan.
![]() |
| Tengok laa dengan periuk noxxa sekali kami angkut dari Kajang...senang kan...hehehe |
![]() |
| Seronok berkelah....;-) Semoga diberi peluang lagi |







Lottery Dominator
ReplyDelete