Jalan-jalan cari makan Penang Part 1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;-)
Bagi kami penang memang syurga makanan. Tidak kira pagi, siang, petang atau malam makanan tidak pernah susut. Sama ada kedai di tempat terbuka atau pun tersorok orang tetap datang dan beratur nak membeli. Antara tempat yang saya suka ialah Penang untuk kami explore dan cuba pelbagai jenis makanan. Sepanjang 3 hari satu malam kami menginap di sini bermula 25/12/17 - 27/12/17, selain menziarahi saudara -mara di Penang, ada beberapa tempat makanan yang kami cuba. Di sini saya share untuk simpanan dan panduan kami kelak kemudian hari.
1) Nasi Kandar Deen Baru, Relau Penang
![]() |
| Belum buka kedai pun orang dah menunggu masa ni, tray masih kosong lagi tapi dah beratur sampai ke luar kedai |
![]() |
| Sangat menyelerakan ...memang terbaikkk laa nasi kandar dan ini nasi kandar pilihan pertama saya |
2) Roti canai Gemas road
Dari rumah persekutuan yang kami menginap tu tak jauh pun, kedai ni..pagi2 lagi kami pergi terjah dalam pukul 7 pg sebab tau kedai ni viral dan ramai orang. Betul sangkaan kami dalam pukul 8 dah ramai memenuhi kedai so kena mencari-cari sikit meja makan. Ada ruang untuk parking motor dan kereta so ok jer nak datang.
3) Hameediyah Restaurant Lebuh Campbell
Dekat sini kami naik Grab je dari tempat menginap dan tapau bawak balik. Kami tapau nasi kandar, tapi so far bagi saya suka Nasi kandar Deen Relau lagi yang terbaik. Dah balik rumah, terus makan dan ngapppp...dah lupa nak ambik pic...hehehe
4) Air Sarbat, Jalan Chowrasta / Ais tingkap (Window sherbet)
Siapa peminat air sarbat??? saya tak pernah minum pun tapi datang Penang orang cakap kena try...so kami cuba air sarbat. Rasa dia sedap dan menyegarkan dengan kandungan isi kelapa, biji selasih, sirap, kembang semangkuk dan dikatakan campuran beberapa herba lagi. Kebetulan kami datang cuaca memang panas terik jadi bila minum dan basah di tekak tu rasa legaaa sangat. Katanya yong tau fu dan mee goreng mamak sini pun legend jugak tapi kecewa sebab masih belum buka.
3) Astaka Taman Tun Sardon
Kalau kami ke Penang...ini merupakan tempat wajib untuk kami breakfast. Adeh...kalau ke sini, rasanya semua makanan saya nak cuba dan rasa. Anntara menu wajib adalah serabai, roti daging, nasi lemuni dan kuew teow. Serabai kat sini memang terbaik laaa....
Kebetulan on the way balik ke Bagan Serai kami singgah di kedai ini. Hari tu tak sempat nak rasa murtabak dia yang legend di jalan campbell. So kami makan murtabak dan tapau nasi beriani 2 set untuk makan di rumah. Murtabak dia memang terbaikkk laa...makan saja pun dah sedap...kami try murtabak daging. Untuk nasi beriani ok jer rasanya.












Comments
Post a Comment