Puding roti
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Daripada semalam termenung melihat bungkusan roti yang banyak atas meja. Akhirnya saya berfikir untum membuat puding roti. Seingat saya kali terakhir saya membuat puding roti 2-3 tahun yang lalu. Setakat ini saya sangat menggemari puding roti hasil daripada Farah Lee. Daripada resepi beliau saya akan olah ubah sedikit berdasarkan bahan apa yang ada di rumah. Ok di sini saya share resepi asal beliau yang dinamakan puding roti Kunfayakun:
BAHAN BAHAN:
Gula : 1 cawan
Majerin : 5 sudu besar
Fresh milk : 800ml
Roti : 15 keping
Telur : 1 biji
Esen vanila : 1 sudu kecil (untuk hilangkan hanyir telur. takde pun takpe)
Choco chip : secukup rasa untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA:
1. Gaulkan gula dengan margerin
2. Masukkan susu segar
3. Carik-carikkan roti di dalamnya
4. Masukkan telur dan esen vanila
5. Masukkan ke dalam loyang yang di alas dengan aluminium foil
6. Taburkan coklat chips
7. Bakar pada suhu 150 pada 20-30 min
![]() |
| My puding roti |
Pada waktu itu susu segar saya cuma ada dalam 600 ml, jadi saya ubah sukatannya dengan menggunakan gula yang tidak penuh satu cawan, mentega 3 sudu dan roti di dalam 12-13 keping.

Comments
Post a Comment