Resepi apam nasi mudah

My 1st try apam nasi




Alhamdulilah, dapat resepi ni daripada kakak ofismate yang bagi...suka sangat sebab resepi dia mudah dan senang jadi. Sesiapa yang nak try boleh laa cuba resepi ni.

Bahan-bahan:

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 paket mauripan
1 1/2 cawan gula
2 cawan nasi sejuk
3 cawan air

Blender semua. Biar sejam. Pastu kukus 15 min.

Cuma mencabar part blender tu je laa sebab bila blender kecil kuantiti tak banyak dapat diisi. Kena blender banyak kali. Mula-mula saya blender air dengan nasi sejuk, mauripan dan gula. Kemudian keluarkan separuh, baru masukkan tepung. Dan blender lagi sehingga semua sebati dan licin.

Biarkan sejam. Bahagikan beberapa bekas untuk diwarnakan dan sudukan di atas acuan. 

Pastikan juga air kukusan betul-betul mendidih. Kemudian tutup penutup kukusan yang dibalut dengan kain sebab nak elakkan wap air terjatuh di atas apam.

 Untuk apam nasi, saya suka yang tidak pecah. Jadikan saya gunakan api yang sederhanan sahaja.

Jika sukakan apam nasi yang pecah, gunakan api yang kuat dan semasa kukus jangan terletak terlalu rapat dan penuh acuan.


Memang resepi ni terbaik, esoknya saya buat lagi untuk bawa kepada saudara.









Ok, Selamat Mencuba'-)

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Resepi cornflakes madu mudah

Tips buat Apam kembang mekar