Apam gandum gula melaka sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sesiapa di sini peminat apam gandum atau apam kampung? Ini antara kuih kampung kegemaran saya dari dulu hingga kini. Dan saya sehingga hari ini masih lagi setia menggunakan resepi daripada food blogger terkenal Mat gebu. Boleh klik link di bawah untuk resepi asal.

http://www.tiffinbiru.com/2014/05/apam-gandum-gula-melaka.html

Di bawah ini saya kongsikan resepi yang saya ambil daripada web beliau iaitu tiffin biru.

yummy;-)

Bawak bekal pergi ofis...yummyy...hehe

 
Selepas diperam selama 1 jam dan sedia untuk dikukus, ini loyang bulat 10 inci

 
Selepas dikukus lebih kurang sejam

loyang bila sudah di sapu dengan minyak atau margerin senang je nak keluarkan


Alhamdulilah...makan macam tu saja pun sedap


BAHAN-BAHAN A :-)
1/2 cawan hirisan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
 2 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul
BAHAN-BAHAN B :-)
11 gram instant yeast (mauripan)
1/2 cawan air suam
3/4 camca teh gula halus
BAHAN-BAHAN C :-)
4 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
Secubit garam halus
Kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam, untuk dimakan bersama apam.
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak bahan2 A hingga gula larut dan mendidih. Biar sejuk, kemudian tapis. Dalam satu bekas, satukan bahan2 B, kacau rata hingga sebati dan biar 10 minit hingga bancuhan yeast berbuih2. 
  2. Masukkan tepung ke dalam bekas besar bersama secubit garam halus, kacau rata. Tuang bancuhan yeast, 1/2 cawan air dan air gula melaka tadi. Kacau rata dengan whisk hingga semua sebati dan licin. Perap 1 jam hingga adunan naik dua kali ganda.
  3. Panaskan kukusan, balut tutup kukusan dengan tuala dapur bersih. Lenser loyang berukuran 10 inci x 10 inci x 2 inci dengan sedikit minyak atau marjerin. Tuang adunan apam tadi, biar 10 minit, kemudian kukus dengan api besar selama 40 minit atau hingga masak.
  4. Uji dengan mencucuk lidi sate bersih dibahagian tengah apam, jika keluar bersih, tanda apam telah masak. Keluar loyang dari kukus dan biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut bergaram untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat mencuba!!

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak