Kek rampai kelapa
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulilah diberi kesihatan dan usia untuk berkongsi dan menulis. Minggu lepas berkesempatan mencuba resepi kek 'old skoll' iaitu kek rampai kelapa. Resepi ni saya perolehi daripada fb Azlina Ina. Bezanya saya menggudakan kelapa parut dan saya keringkan terlebih dahulu di dalam oven. Rasanya sungguh creamy, berlemak dan sedap sangat. Bawa ke ofis dan mostly yang rasa cakap sedap. Alhamdulilah resepi ni sangat menjadi. Di bawah ini saya share resepinya.
![]() |
| Boleh sebut kek hujan panas jugak...hehehe, warnanya menarik, memang bila dah start makan dah lupa dah berapa banyak kalori...huhuhu |
Bahan-bahan
1) 1 cawan kelapa kering (saya gunakan kelapa parut, jadi saya sukat 1/3 cawan setiap satu untuk 3 bekas, saya warnakan dengan warna merah, biru dan hijau, masukkan di dalam oven dan bakar pada suhu 170 c selama lebih kurang 7 min). Ketepikan.
2) 2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
Ayak dan campurkan bahan 1 di dalamnya. Kacau sebati. Ketepikan.
3) 250 g butter/ margerin
1 cwn gula perang atau 3/4 cwn gula caster
1 tsb ovalette
sedikit esen vanila
3 tsb susu pekat manis
4 biji telur
Kaedah
1) Satukan margerin, gula, ovalette, esen dan pukul hingga kembang
2) Masukkan susu pekat
3) Masukkan telur satu persatu dan mix
4) Masukkan campuran tepung. (saya guna kaedah kaup balik shj)
5)Tuang ke dalam loyang 8 inci yang telah dilapik dengan baking paper
6) Bakar pada suhu 170 selama 45-50 min, api ats bawah hingga masak

Comments
Post a Comment