Puding Oreo Milo Cinta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sempena sambutan hari guru di tadika iman dan khaira, saya bercadang untuk buatkan puding oreo milo. Tetapi pada hari kejadian, baru perasan stok agar-agar serbuk saya sudah habis. Puas saya menapak dari satu kedai ke satu kedai runcit di sekitar bagan serai mencari serbuk agar-agar. Kebetulan pula di kedai bakeri suri tempat yang saya selalu beli sudah habis. Yang peliknya serbuk konyaku ada pulak...huhuhu Oleh kerana hari pun makin lewat, saya beli sahaja agar-agar kering dalam sebungkus berat 20g. Jadi ini percubaan pertama saya membuat puding oreo menggunakan agar-agar kering.

Bahan-bahan:
20 gram agar-agar tali
1200 ml air
170 grm gula
1 tin susu cair
3/4 cawan serbuk milo
1 bungkus oreo-patah2 dengan cream sekali
(saya masukkan 2 sudu teh serbuk koko untuk naikkan warna coklat tu)

Cara penyediaan:
1. Panaskan agar-agar bersama air hingga larut, kemudian masukkan gula. Kacau dan biarkan gula larut. Dan masukkan susu cair sehingga mendidih.

2. Asingkan dalam 4 cawan ke dalam periuk yang lain dan panaskan berserta campurkan serbuk milo dan kacau sebati.

3. Tuangkan 2 cawan campuran milo dan sertbuk koko ke dalam loyang/ acuan. Ketika ini api untuk periuk yang mengandungi milo dikecilkan dan sentiasa dikacau untuk mengelakkan campuran keras. 

4. Apabila permukaan agar-agar milo sudah mula keras, cakar sedikit dengan garfu. , tuangkan kesemua adunan susu itu tadi. Masukkan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan. Biarkan lapisan putih itu beku.

5. Setelah lapisan itu beku, cakar dengan garfu dan tuang kesemua lapisan dengan campuran milo yang tadi.

6. Biarkan beku pada suhu bilik, dan setelah keras pindahkan masuk ke dalam peti sejuk.



Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak