Resepi Shell Out yang sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bukan senang mahu berkumpul sentiasa dengan keluarga. Jadi dengan masa yang terhad kami cuba manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Saya bukanlah penggemar makanan laut tetapi sesekali bershell out apa salahnya. Gembira dapat makan bersama-sama. Bila saya goggle di internet dan membaca beberapa resepi shell out saya tertarik dengan resepi daripada blog norzlitaaziz.

 https://norazlitaaziz.blogspot.my/2016/09/resepi-shell-out-yang-sangat-sedap.html

Alhamdulilah. ternyata memang pilihan yang baik dan sangat tidak mengecewakan. Bila ramai yang menyatakan resepi ini sedap dan menyelerakan.

Percubaan pertama 9/1/18
1) Makanan laut yang saya gunakan ialah:

Ketam
Udang
Sotong

2) Dibersihkan dan dikukus separuh masak lebih kurang 7 minit. Ketepikan.


Sayur-sayuran:

Jagung
Brokoli
Bunga kobis
Carrot

Dibersihkan dan semua bahan dikukus lebih kurang 3 minit kecuali jagung direbus sehingga empuk dengan sedikit gula dan garam. Ketepikan.

3) Penyediaan sambal untuk Shell out (Resepi daripada Norazlitaaziz)

Bahan A ~ di kisar

20 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
2 labu bawang putih ( 10 ulas )
1 inc halia
1 inc belacan
1 gengam udang kering ~ rendam lembut

Bahan B ~ di tumis

6 ulas bawang putih ~ di hiris halus
6 ulas bawang merah ~ di hiris halus
1 inc halia ~ di hiris halus
5 tangkai daun kari ~ di lurut daunnya sahaja
10 biji cili padi ~ di hiris halus ( nak pedas lebihkan )
2 batang serai ~ di titik ( ita tambah )
Minyak untuk menumis
1 sudu besar butter / margerine

Bahan C ~ perasa

3 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa


Kredit gambar kepada Norazlitaaziz

Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.
Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi
Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )
Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.
Kemudian baru masukkan garam 
* berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin.
Biarkan kuah merenih sebentar.
Angkat dan masukkan dalam periuk lain
Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali
Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat
Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat
Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis dan karot, masak sebentar ~ angkat
Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain. 
Sayur-sayuran tu ita masak sekali berasama sotong dan udang. 
Yang lain ita tak letak sayur. 



Ini cubaan kedua pada 9/1/18. Kali ini saya gantikan ketam dengan ikan siakap. Ikan siakap saya bakar dan gaulkan dengan sambal tadi dan balut dengan aluminium foil. Bakar dengan api perlahan sehingga masak. Dah siap, baki kuah sambal tadi saya lumurkan ke atas ikan semasa dihidangkan. Rasa dia memang terbaikkkkk la.

Kali ketiga sempena cuti 1 Mei 2018


Comments

  1. Saya dah cuba resepi pn sedap...Tkasih atas perkongsian ilmu yea.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Resepi cornflakes madu mudah

Tips buat Apam kembang mekar