Resepi Apam Susu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Beberapa minggu lepas, kebetulan cuti hujung minggu, saya mencuba resepi Apam susu yang mudah. Resepi hasil carian goggle daripada blog masakan kegemaran saya iaitu Azlita Aziz. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah jadi terus buka peti sejuk dan keluarkan bahan-bahan yang ada.Taraaaa.....maka terhasilah apam susu pelangi yang mudah.



Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu beasr minyak jagung
Pewarna dan perasa kegemaran

Kaedah penyediaan:

1. Panaskan kukusan
2. Satukan telur, gula, esen vanila dan ovellete. Pukul hingga putih gebu.
3. Masukkan susu pekat dan pukul sebati.
4. Masukkan minyak masak dan pukul sebati.
5. Masukkan adunan tepung gandum yang sudah dicampur baking powder. (saya kaup balik)
6. Bahagikan kepada beberapa bekas dan titiskan warna.
7. Tuang adunan secara berselang-seli di dalam loyang yang telah diglis mentega.
8. Kukus selama 40 minit sehingga masak di dalam kukusan air mendidih.


Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun