Posts

Showing posts from June, 2018

Resepi Pulut kuning dan rendang daging noxxa

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini nak share resepi pulut kuning dan rendang dagingmenggunakan noxxa. Pada malam hari raya tu, kami baru pulang dari HKl. Tiba di rumah pun, terus solat maghrib dan baru jamah makan sedikit untuk alas perut. Kami hanya sempat berbuka puasa di dalam kereta sahaja dengan air yang di beli. Terasa memang sangat penat dan melelahkan, tetapi Hari Raya tetap kami sambut sekadarnya walaupun abah masih lagi terlantar di HKL. Kerana masa yang agak suntuk, kami gunakan sahaja periuk noxxa untuk membuat pulut kuning dan rendang daging. Walaupun cubaan pertama kali, ternyata hasilnya tidak mengecewakan. Alhamdulilah. Saya gunakan resepi ini untuk pulut kuning: Beras pulut: 1kg Santan kotak jenama KARA: 2 kotak kecil Garam: 1 sudu besar Daun pandan Kaedah penyediaanya: 1. Basuh beras pulut dan rendam lebih kurang 30 min dengan asam keping yang dicampur dengan serbuk kunyit. 2. Toskan pulut, masukkan pulut ke dalam innerport, dan masukkan air sep

Catatan 29 ramadan 1439h

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Catatan duka untuk abah. Pagi sabtu 9/6/2018 sedang kami mengemas rumah dan pakaian untuk pulang berhari raya, husband dikejutkan panggilan telefon daripada keluarga di Kajang yang memaklumkan abah jatuh ketika solat subuh di surau berhampiran di rumah dan terpaksa di bawa ke Hospital Kajang. Hasil daripada pemeriksaan CT-Scan mendapati terdapat darah beku dan lebihan air di kepala abah dan memerlukan operasi segera. Abah terpaksa dipindah ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan khidmat pakar bahagian neuro di sana. Allah...ujian apakan ini ketika ini??? Abah sebelum ini sangat sihat dan apabila mendapat berita seperti ini seolah-olah kami seperti bermimpi. Abah semasa ditempatkan di wad ICU dan belum sedarkan diri lagi Tanpa berlengah, saya mencapai barang-barang yang perlu di bawa, sambil menyiapkan makanan buat iman dan khaira untuk di makan di dalam kereta dan mengemas apa yang patut. Kami terus ke HKL kerana menjangkakan  ab