Posts

Showing posts from December, 2017

Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur Alhamdulilah pada 25-27/12/2017 kami berkesempatan untuk berada di Penang untuk beberapa hari. Memang dalam rancangan awal pun, selepas kenduri Irna di Alor star esoknya kami akan bergerak ke Penang. Kebetulan memang nak bawa umi jalan-jalan Alor Star dan Penang. Rasanya inilah percutian pertama kami bersama. Umi dan my sister Amalina tidak dapat stay lama pun, kerana Ahad 25/12/17 malamnya terus naik bus di Sg. Nibong ke Jerteh. Tetapi sempat lah bawa mereka check in di Rumah Peranginan Pulau Pinang.  Berhadapan kaunter masuk Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang Sebelum itu, saya sudah book Rumah Peranginan ini pada 8/11/2017, kira-kira hampir 2 bulan daripada tarikh sebenar. Untuk 2 malam bayarannya adalah RM200.00 dan RM 50 deposit. Ini pertama kali saya menempah Rumah Peranginan, jika sebelum ini hanya mendengar pengalaman kawan-kawan sahaja,. jadi kali ini setelah berbincang dengan husband kami ambil kesempatan untuk

Penghasilan laksa di Kolej Komuniti

Image
Hasilan laksa dan tentunya kena sensori dengan kuah laksa...hehehe Baiklah...jom saya share penghasilan laksa di Kolej Komuniti step by step . Nampak macam mudah tetapi ada beberapa tips supaya dapat menghasilkan laksa yang tekstur dan warna yang menepati citarasa. Pemilihan tepung kanji juga mempengaruhi 'end product' yang dihasilkan. Di dalam sesi kelas ini, dua kumpulan pelajar menggunakan formulasi yang menggunakan tepung gandum dan dua lagi kumpulan pelajar menggunakan formulasi tepung sagu. Hasilnya, laksa yang mengandungi tepung mengandungi tepung gandum mempunyai warna sedikit kekuning-kuningan berbanding laksa yang menggunakan tepung sagu yang berwarna putih. Daripada segi tekstur masih sama sedikit lembut berbanding laksa kering. Jika laksa tidak masak sepenuhnya, akan ada rasa tepung tetapi jika lama terendam di dalam air panas akan menyebabkan cepat lembik. Sebaik-baiknya apabila laksa telah telah timbul di dalam air mendidih terus angkat dan rendamkan di dal

My best friend wedding

Image
To my dear Irna Jannah, my bestfren dunia n akhirah, kita ada ramai kawan tetapi ada yang datang dan ada yang pergi, dan ko sahabat yang tiada pengganti Saat pertama ko beritahu aku yang you are getting married , itu lah antara saat paling bahagia, paling happy buat aku weh... Aku lupaaa sekejap saat itu aku perlu menguruskan anak-anak, tetapi mata aku masih setia menatap skrin phone dan setiap ayatmu aku baca berulang kali kerana tidak sabar hendak tahu satu demi satu cerita., seperti sudah lama kita tidak chat dengan panjang lebar....rindu weh...rindu sangat2. Sepertimana dirimu yang  gembira dan meraikan hari bahagiaku 5 tahun yang lalu, begitu jugalah diriku yang teruja berkali-kali ganda menantikan saat ini tiba. Bukanlah kita semua tidak tahu, jodoh, pertemuan, ajal, maut adalah atas ketentuan Allah, bukan untuk dipersoalkan bukan jua untuk dipertikaikan ataupun untuk menjadi bahan tanda tanya. Tiada istilah lambat mahupun cepat. Ia datang bertepatan saat Allah t

Jom belajar penghasilan cendol di Kolej Komuniti

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Cendol yang dihasilkan menggunakan kaedah 'direct cooking' Hari ini nak share tentang penghasilan cendol. Cendol merupakan salah satu hasilan produk daripada tepung beras yang perlu dipelajari pelajar yang mengambil kursus SPK1024 Pemprosesan Hasilan bijian. Apabila memilih untuk belajar di Kolej Komuniti bukanlah belajar berkaitan resepi atau formulasi semata-mata. Kami juga akan berkongsi sains yang terlibat di dalam pembentukan cendol, kaedah dan formulasi yang besesuaian.  Bahan asas di dalam penghasilan cendol ialah tepung beras, tepung jagung/ubi dan air serta sedikit kapur. Proses yang terlibat di dalam penghasilan cendol ialah proses pengelatinan iaitu kanji (tepung)  yang diadun dengan air apabila dipanaskan akan menyebabkan granul kanji ini menyerap air dan mengembang. Proses inilah yang dipanggil pengelatinan yang akan menyebabkan adunan yang cair tadi akan semakin memekat. Tepung jagung membantu adunan cendol kita leb

Kursus Pendek Penghasilan Muffin Vanila Chocolate chips dan Kuew teow di Kolej Komuniti Bagan Serai

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Baru-baru ini pada 28 Oktober 2017, Kolej Komuniti Bagan Serai ada mengadakan satu program terbuka untuk komuniti berhampiran baru-baru ini...kira seperti rumah terbuka laa menjemput warga yang berhampiran untuk datang ke tempat kami.Ini juga merupakan sempena kepulangan kami semua ke bangunan asal setelah hampir 2 tahun berada di Kolej Komuniti Taiping kerana memberi laluan kepada proses pengubahsuaian bangunan asal Kolej Komuniti Bagan Serai. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sehari Program ini berlangsung ialah Kursus pendek penghasilan mufin dan kuew teow. Yuran yang dikenakan sangat murah dan berbaloi sempena program ini hanya RM 10 sahaja setiap orang. Jom saya share sepanjang aktiviti dijalankan. Penyediaan bahan-bahan penghasilan muffin Muffin yang dihasilkan Penerangan oleh Pn. Zunairah untuk menghasilkan kuew teow