Posts

Showing posts from September, 2018

Resepi kek batik

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ok jom saya share resepi kek batik. Resepi kek batik ini daripada My MIL, sukatan menggunakan cawan kopi tau bukan cawan metrik tu. Setakat ini, saya menggunakan resepi ini jika ingin menyediakan kek batik buat suami atau untuk makan-makan keluarga.  Ini bahan-bahannya: Butter - 1 ketul Gula - 1/2 cawan Susu pekat - 3/4 tin Milo - 3 cawan Telur - 4 biji Biskut MARIE - Jika jenama TIGER 2 bungkus Saya pakai biskut jenama ini 2 bungkus yang telah dipatah-patahkan. Sumber: Google Kaedah penyediaan: 1. Cairkan butter, kemudian masukkan gula. Kacau sehingga gula larut. 2. Masukkan susu pekat. Kacau sehingga sebati. Dan masukkan milo. Kacau juga sehingga bahan-bahan larut. 3. Masukkan telur, sentiasa kacau sehingga larutan menjadi sedikit pekat dan mendidih. 4. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan. Dan gaul ke dalam larutan milo itu tadi. 5. Setelah sebati. Masukkan ke dalam bekas, dan

Resepi kuetiau goreng

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ini antara kegemaran kuetiau husband saya. Disebabkan dia tidak suka makan 'seafoods' jadi resepi ini menggunakan daging. So far, saya akan menggunakan resepi ini jika ingin menghidangkan kuetiau goreng. Resepi ini saya ambil daripada 'facebook' Aisha syukor.  Bahan-bahan yang digunakan: Daging Fish ball Fish kek Sayur kucai  Sayur tauge Sayur sawi Limau nipis Cili kisar Bawang besar hiris Bawang putih hiris Sos tiram Sos cili Kicap Sos ikan Kaedah: 1. Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang besar dan putih sehingga naik bau. 2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing. 3. Masukkan daging lembut yang dipotong nipis-nipis, letak air secawan dan bagi masak sampai daging lembut empuk. 4. Bila dah kering masukkan fishball, fishkek. Sesiapa yang suka letak seafoods boleh masukkan juga. 5. Masukkan 3 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos cili. 6. Masukkan kuetiau. Masukkan 4 s

cekodok pisang

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Macam biasa cuti hujung minggu, bila masa sepanjang hari dengan anak-anak dan hanya di rumah sahaja. Perut budak-budak itu  cepat sangat laparnya walaupun telah di isi dengan nasi. Iman request cekodok pisang seperti 'nenek'. Saya sebenarnya bila membuat cekodok pisang selalu main agak-agak. Jadi adakala terlembik dan terkeras. Kali ini saya cuba tengok resepi cekodok pisang. Saya ambil resepi ini daripada blog Azlita Aziz. Bahan-bahan 8 biji pisang emas 3/4 camca teh soda bikarbonat 1 sudu teh baking powder 1 camca besar gula perang  1/3 camca besar gula halus 1 cawan tepung 1/4 camca teh garam halus Minyak untuk menggoreng Kaedah penyediaan: Lenyek pisang. dan campurkan semua bahan sehingga sebati. Masukkan tepung. Perap sehingga 30 minit. Boleh sediakan dan panaskan minyak untuk menggoreng. Memang ternya cekodok pisang ini gebu sehingga ke petang.

Resepi Apam Susu

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Beberapa minggu lepas, kebetulan cuti hujung minggu, saya mencuba resepi Apam susu yang mudah. Resepi hasil carian goggle daripada blog masakan kegemaran saya iaitu Azlita Aziz. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah jadi terus buka peti sejuk dan keluarkan bahan-bahan yang ada.Taraaaa.....maka terhasilah apam susu pelangi yang mudah. Bahan-bahannya: 2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder 4 biji telur 1 cawan gula halus 1 sudu teh esen vanila 1 sudu besar ovellete 4 sudu besar susu pekat manis 4 sudu beasr minyak jagung Pewarna dan perasa kegemaran Kaedah penyediaan: 1. Panaskan kukusan 2. Satukan telur, gula, esen vanila dan ovellete. Pukul hingga putih gebu. 3. Masukkan susu pekat dan pukul sebati. 4. Masukkan minyak masak dan pukul sebati. 5. Masukkan adunan tepung gandum yang sudah dicampur baking powder. (saya kaup balik) 6. Bahagikan kepada beberapa bekas dan titiskan warna. 7. Tuang adunan secara berselang-sel