Posts

Showing posts from January, 2020

My Ofismate - KKBSe

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Minggu lepas di ofis ada jamuan perpisahan untuk Ustaz Helmi. Pada masa yang sama kami semua ambil kesempatan untuk meraikan mummy-to-be Kak Shima yang bakal bersalin nanti secara elektif czer pada 20-02-2020...cantikkan tarikhnya..... Alhamdulilah penantian selama 11 tahun,  'precious baby 👶 '😊 Missing in pic: Kay, Esan dan Kak Iza Alhamdulilah...bila pandang wajah mereka ini saya teringat pada kata2 Kak Sal di FB beliau. Sejak dari dulu sehingga sekarang FB kak sal memang menjadi rujukan saya.. tiap kali saya rasa haru saya tau saya akan jumpa sesuatu walaupun tanpa saya bercakap dengannya. Hebat orang yang dekat pada Allah ini.. saya berharap saya juga dapat mengikuti setiap langkah dan tutur kata baiknya. Kakak yang sudah saya kenali semasa di UPM sejak 14 tahun yang lalu.  ''Apa maksud kawan gred A+++? kawan yang bila kita tengok dia, bercakap dengan dia, perhatikan dia, blajar pengalaman dia, teliti

Puding Triffe untuk Jamuan Potluck untuk Hari Perpisahan Ustaz Helmi

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini merupakan hari terakhir Ustaz Helmi di sini. Saya doakan sesuatu yang terbaik buat Ustaz selepas ini. 2 tahun ustaz berada di Kolej Komuniti Bagan Serai bukanlah suatu masa yang singkat. Terima kasih ustaz kerana banyak membantu kami dan pada masa yang sama bergading bahu mendidik anak bangsa kita dengan baik dan cemerlang. Semoga suatu masa kita kan bertemu lagi dalam keadaan yang paling baik...InsyaAllah. Alhamdulilah terima kasih kepada pihak pengurusan KKBSe kerana berjaya menganjurkan Majlis ini buat ustaz bagi meraikan segala jasa dan kebaikan yang telah diberikan ustaz helmi sepanjang berkhidmat di sini. Sebelum itu jom saya kongsikan resepi puding triffle yang saya sediakan. Saya juga turut menyediakan kek puding karamel. Resepi kek puding karamel telah saya kongsikan sebelum ini. Hasil puding triffle yang disediakan Resepi Puding Triffle saya gunakan daripada FB Azlina ina. Tapi saya cuma gantikan bahagian b

Resepi Hokkaido Chiffon Cupcakes

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Apa khabar semua? Hari ini pertama kali mencuba respi Hokkaido Chiffon cupcakes.Banyak sebenarnya versi cupcakes ini, tetapi untuk pertama kali ini saya mencuba resepi daripada blog https://norazlitaaziz.blogspot.com/2012/01/hokkaido-chiffon-cupcakes.html Untuk cupcakessaya gunakan resepi di bawah ini daripada blog Norazlita: Bahan-bahan 4 kuning telur 30 g gula caster 1 tsp esen vanila 40 g susu UHT 40 g minyak 55 g tepung kek (saya gunakan tepung rose) 20 g tepung kastard 1 tsp baling powder Meringue: 4 putih telur 1/4 tsp garam 80 g gula caster Kaedah: 1- Pukul kuning telur dan gula caster sehingga sebati. Kemudian masukkan esen vanila, susu dan minyak. ( saya gunakan hand whisk sahaja )  2- Kemudian kaup balik campuran tepung, tepung kastard dan baking powder. Ketepikan. 3- Sediakan meringue. Pukul putih telur dan garam sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula caster dan pukul high speed (saya guna

Kek Marble Margerin Pelangi

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Beberapa minggu lepas saya sempat mencuba resepi baru. Kek Marble yang menggunakan bahan margerin PELANGI sahaja. Siapa cakap nak makan kek yang sedap dan gebu kena guna butter premium. Sesekali kita cuba gunakan bahan-bahan yang ada di dapur ini. Hah..siapa sangka...setelah siap rasa dan teksturnya sumpah sedap! hehehe. Jom saya kongsikan resepi ini. sumber resepi ini saya perolehi daripada FB Azlina Ina. alhamdulilah tidak pernah mengecewakan. Bahan-bahan yang diperlukan: 375g margerin pelangi 3/4 cawan gula caster (170 g) 5 biji telur 1 tsp esen vanila 1/2 cawan susu pekat 2 1/2 cawan tepung gandum 1 tsp baking powder 3 tbsp serbuk koko Sedikit emulco coklat untuk bau dan rasa Cara-cara: 1. Pukul gula, margerin, esen vanila dengan kelajuan tinggi selama 15-20 min sehingga gebu. 2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi 15 min 3. Masukkan susu pekat dan putar sehingga sebati. 4. Masukkan tepun