Posts

Showing posts from April, 2018

Penghasilan Mentega Kacang oleh pelajar Kolej Komuniti Bagan Serai

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Mentega kacang kasar Hari ini berkesempatan untuk berkongsi resepi penghasilan mentega kacang yang sangat mudah ini. Pemprosesan hasilan kacang tanah merupakan salah satu kandungan silibus di dalam Kursus Pemprosesan Hasil Bijian. Mentega kacang merupakan pes yang dihasilkan daripada kacang tanah dan biasanya dijadikan lepa di atas kepingan roti. Di pasaran jugak terdapak pelbagai jenama mentega kacang dalam bentuk halus, kasar atau dikombinasikan bersama dengan coklat, strawberi. blueberi dan lain-lain lagi. Bagi peminat mentega kacang, tidak rugi mencuba resepi yang mudah ini. Di dalam topik ini, pelajar-pelajar Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan diberi penerangan tentang fungsi bahan mentah, peralatan dan mesin yang digunakan dalam pemprosesan mentega kacang. Selain itu, pelajar-pelajar juga dikehendaki menentukan mutu hasilan dari segi penilaian ciri kimia, fizikal dan organoleptik. Pelajar-pelajar juga dikehendaki meng

Kek Nestum

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kek nestum siap dibakar Hari ini nak share resepi kek nestum. Tergerak hati nak buat kek nestum ini kebetulan stok nestum banyak lagi dekat rumah. Bila kek dah bakar dan rasa, terasa sedap plk. Pastu dalam minggu tu kiranya dok ulang buat kek nestum ni jer...hehehe. Boleh laa cuba, sangat tidak mengecawakan: BAHAN-BAHAN 250 g butter 140 g gula caster 1 sb madu 4 biji telur 220 g tepung naik sendiri 1/2 tsp baking powder 60 g nestum cereal 150 ml fresh milk KAEDAH 1. Pukul mentega, gula dan madu sehingga berkrim 2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul sebati 3. Tepung, baking powder dan nestum digaul bersama. 4. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit demi sedikit dengan berselang-seli dengan susu.  Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung. Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah digris dan dilapik kertas. Saya guna loyang 8 inci. 5. Taburkan dengan coklat chips dan ceri (optional). 6. Baka

Demostrasi sandwich terpanjang sempena sambutan bulan pemakanan negeri Perak oleh Pelajar SPK Kolej Komuniti Bagan Serai

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semalam kami pelajar-pelajar SPK 2 turut bersama-sama memeriakan Majlis Sambutan Bulan Pemakanan Negeri Perak yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Serai. Para pelajar diminta untuk membuat demonstrasi sandwich terpanjang. Kami menyediakan 2 jenis sandwich iaitu sandwich telur dan sandwich sardin. Pukul 8.00 pagi kami telah berada di tempat yang disediakan untuk menyediakan dan menyusun sandwich yang telah dihasilkan.  Bergambar bersama-sama setelah berjaya menyiapkan menyusun sandwich Semasa proses berlangsung Bawah dan atas meja di alas dengan plastik wrap untuk mengelakkan sebarang yang tidak diingini Jumlah kalori bagi kedua-dua jenis sandwich yang disediakan Sesi mengagihkan sandwich kepada orang awam yang datang Ramai yang datang ke booth kami untuk mendapatkan sandwich yang telah disediakan Di sini saya kongsikan penyediaan sandwich telur dan sardin yang kami buat. Boleh rujuk resepi di bawah

Resepi cucur manis

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama tak makan cucur manis. Pagi tadi teringin sangat nak makan. Jadi sepantas kilat terus buat. Mudah sangat resepinya. Syaratnya kena guna air yang betul-betul mendidih. Bahan-bahan 2 cawan tepung gandum 2 cawan air panas mendidih 3 sudu besar gula. Gaulkan tepung dan gula. Kemudian masukkan kesemua air panas mendidih dan terus kacau. Bulat-bulatkan dan  goreng di dalam minyak panas. Sebelum digoreng Selepas...sampai petang pun still lagi rangup di luar tetapi lembut di dalam