Posts

Showing posts from September, 2020

Resepi kek ubi kayu untuk Pertandingan Memasak

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ada yang pernah makan kek ubi kayu tak? Hehe..saya pun tak pernah sebelum ini tetapi apabila pihak kolej menganjurkan Pertandingan Memasak dan temanya ubi kayu sempena sambutan hari kemerdekaan di Kolej..terus terpinga-pinga nak buat apa...hehe, dalam mencari idea terjumpa resepi kek ubi kayu daripada bolog Mat Gebu..apa lagi inilah penyelamat kumpulan saya. Dan.....siapa sangka kami berjaya dapat tempat pertama dalam kategori ini. Alhamdulilah. Kek Ubi Kayu Merdeka Sesi penyampaian hadiah oleh Tuan Pengarah Disini saya kongsikan resepi kek ini, sangat sedap rasanya dan mudah sahaja untuk menyediakannya.  Resepi Kek Ubi Kayu Sumber: blog Mat Gebu   190 g mentega 160 g gula halus 3 biji telur gred A 120 g tepung gandum* 1/2 camca besar baking powder*(*digaul rata dan diayak) 420 g parutan ubi kayu, diperah airnya 1/4 cawan susu sejat 1/2 camca besar esen vanilla 1/2 camca teh pewarna kuning Cara membuatnya :-) Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin