Posts

Showing posts from June, 2017

Salam ramadan kareem (2) 1438h

Image
Rasa seperti sangat tidak percaya bila mak whats up beritau yang mak, abah, dan kak ngah nak datang Bagan Serai sebab nak berpuka puasa bersama-sama. Allah..baiknya Allah, sangat cepat mengabulkan permohonan dan permintaan hambaNya. Engkau sangat memahami saat terasa sangat letih, lemah dan tiada upaya, Engkau hantarkan orang-orang yang aku sayangi untuk bersama-samaku dan anak-anakku. Rasa gembira sangat sebab aleesya dan akid pun datang sama. Rasa gembira sebab iman akan ada teman bermain dan kawan untuk berseronok. Mama kesian dengan iman, tetapi mama tiada upaya untuk melakukan sesuatu. Mama tahu iman sunyi, iman sepi...sebab mama terpaksa melayan tantrum adik khaira yang sangat menguji keimanan mama. Mama kesian dekat iman sebab iman sudah terpaksa belajar untuk 'berkorban' dan mengalah dalam banyak perkara dengan khaira. Setiap hari mama rasa bersalah dan mama cuma mengharapkan keajaiban daripada Allah untuk membantu mama. Dan pada jumaat 9/6/17 bila mak, abah, d

Salam ramadan kareem 1438h

Image
Alhamdulilah Wa Syukurillah...masih diberi peluang dan kesihatan yang sangat baik untuk terpilih dan berada di dalam bulan ramadan yang penuh berkah ini. Tahun ini bukan seperti bulan ramadan tahun-tahun lalu. Kali ini saya menyambutnya bersama Iman dan Khaira sahaja di sini. Hanya kami. Saya bersahur dan berbuka sendiri. Kadang-kadang air mata mengalir sendiri. Terasa sayu sangat. Masih lagi teringat-ingat saat dapat bersahur dan bebuka puasa dengan suami dan juga keluarga mertua di Kajang. Masih terbayang-bayang saat bahagia walaupun penat kami menapak ke bazar ramadan dan membeli makanan bersama-sama, menyediakan makanan bersama dan bersolat jemaah dan terawih. Jika dulu makanan memenuhi setiap sudut meja, tetapi kini saya berbuka dengan apa adanya sahaja. Jika khaira tidak mengamuk atau membuat perangai, saya cukup bernasib baik untuk memasak nasi dan lauk. Walaupun sesekali saya beria melihat resepi dan sambil memandu masih lagi terbayang-bayang makanan yang hendak di makan tika