Posts

Showing posts from November, 2018

Resepi Laksam

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Beberapa minggu lepas, sempat membuat projek laksam dengan iman dan khaira. Sebenarnya dah lama sangat teringin nak makan laksam ini, kalau ke pasar pagi mesti akan terpandang laksam yang dibungkus tetapi akan berlalu begitu sahaja. Jadi, kebetulan masa yang ada saya cuba membuat laksam menggunakan NOXXA pressure cooker untuk menghasilkan kuahnya. Tidaklah terlalu susah membuat laksam, cuma memerlukan sedikit kesabaran mengukus.  Sambal x sempat nak siapkan hehehe....;-)   LAKSAM Untuk mengukus laksam, saya menggunakan resepi daripada blog Azie Kitchen. Alhamdulilah menjadi, kukus lebih kurang 7 minit. Saya gunakan tudung periuk dan loyang 7 inci.  Bahan-bahan: 3 cwan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa) 1/2 sudu kecil garam Cara-cara 1. Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan tuang di dalam bekas. 2. Sapukan

Resepi puding milo oreo

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Beberapa minggu lepas, Syikin dan sekeluarga menjemput untuk majlis aqiqah puteri bongsu mereka. Jadi saya bercadang nak membuat sedikit puding dan kek coklat untuk dibawa bersama. Ini pertama kali mencuba puding milo oreo. Di bawah ini saya kongsikan resepi: Bahan-bahan 10 gram serbuk agar-agar 750 g air 140 g gula 1 tin susu cair 3/4 cawan serbuk milo 1 bungkus biskut oreo (137 g) yang dipatah-patahkan tetapi dibiarkan dalam bentuk sandwich Cara penyediaan 1. Masak air sehingga mendidih. Masukkan serbuk agar-agar dan gula. Kacau sehingga larut 2. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih. 3. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan milo sehingga sebati. 4. Tuangkan 1 cawan adunan milo ke dalam acuan. Biarkan sedikit mengeras. Cakar dengan garfu dan masukkan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan. 5. Masukkan pula adunan susu. Biarkan mengeras sedikit. Cakar dengan garfu. Dan tuang sebahagian lag

Kek pandan gebu dan moist untuk Dr. Umi

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Beberapa hari lepas, pulang ke Kajang sambil menguruskan urusan penghantaran dokumen MQA di Mercu MQA, Cyberjaya. Jadi terus sambung cuti menziarah abah dan mak di Kajang. Dapatlah Iman dan Khaira jumpa tok abah, nenek dan sepupu-sepupu mereka di sana. Teringat hendak buatkan kek untuk Dr. Umi, my husband ex--bos di UPM. Jadi selepas selesaikan urusan di MQA, petang itu bersama mak dan maklang pergi ke kebun abah di area Jalan 4, Bangi sebab nak ambik beberapa helai daun pandan. Mak pun request nak rasa kek pandan juga. Kebun abah agak curam ke bawah  sedikit, di samping sekarang hujan pada sebelah petang setiap hari dan air agak bertakung di bawah. Jadi saya duduk di dalam kereta sahaja sambil menunggu mak dan mak lang mengambil daun pandan. Mereka juga nak tengok kebun abah seteleh beberapa bulan tidak datang.  Sejak abah jatuh sakit, memang kebun itu sudah tiada siapa yang uruskan. Mak dan Mak lang memang sibuk hampir 2 bulan beru