Posts

Showing posts from July, 2021

Resepi Nasi Ayam Mdm Kelly

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini tiba-tiba rasa hendak mencuba resepi baru nasi ayam. Cuba cari di facebook terjumpa perkongsian oleh Mdm Kelly dan dikongsi hampir 10 k oleh warga facebook. Disini saya kongsikan resepi yang daripada beliau.  Bahan-bahan Ayam bahagian paha  Stok ayam Halia  5 ulas bawang putih  Basuh bersih ayam rebus ayam dengan halia dan bawang putih yg ditumbuk. Air mesti banyak sebab nanti akan guna untuk masak nasi, sup, sos dan kicap. Dah mendidih angkat ayam dan toskan Bahan perapan ayam(2 ketul paha ayam) 2 sudu gula perang 2 sudu madu 1/2 cawan kicap manis 2 sudu sos tiram 1 sudu kecil lada hitam Garam Minyak bijan  Kaedah penghasilan:   Gaul semua bahan dan perap ayam dalam 30 minit. Bakar dalam 30 minit suhu 180. Sebelum bakar sapu butter dan minyak bijan. Dah siap masak pun sapu lagi butter dan minyak tadi untuk dapat hasil yang menarik. Bahan nasi 2 cawan beras basmathi. Panaskan minyak sapi dan butter dalam periuk nasi elektrik. Tumis

Kaedah tanak pulut guna rice cooker

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pulang dari ofis petang tadi, tidak sabar masak pulut. Kebetulan sekarang musim durian..Terima kasih En. Aziz dan Amalina bagi durian. Harga mencecah sehingga RM1.99 sekilo. Mungkin berikutan PKPD di Batu Kurau sekarang dan PKP yang masih berlangsung menyebabkan lambakan durian di sini. Terima kasih juga kepada Hj. Wan pagi tadi  bawa serawa durian, jadi saya ambil sedikit untuk bawa pulang makan berbuka puasa nanti. Sebenarnya teringin sangat hendak makan pulut durian. Seronok jika dapat makan beramai-ramai keluarga. Tetapi apakan daya hanya saya sahaja yang makan pulut durian di rumah. Dekat ofis dah terbayang-bayang pulut durian yang hendak dimakan bersama durian. Jadi kaedah yang paling pantas saya cuba gunakan untuk tanak pulut menggunakan rice cooker.  Terima kasih yang memberi...semoga Allah mengganti dengan sebaik-baik balasan Bahan-bahan Beras Pulut 2 cawan (tak perlu rendam) Air 2 cawan (cawan sukatan beras pulut yang sama) sedikit garam K

Resepi daging goreng mak

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera   Selamat menyambut Aidil Adha kepada semua umat islam. Pada tahun ini kita masih lagi dipinjamkan nafas daripada Esa untuk terus menikmati Hari Raya aidiladha bersama keluaga tercinta walaupun dalam keadaan sesi pandemik kini. Semoga untuk tahun-tahun hadapan kita masih lagi berpeluang menyambutnya bersama keluarga di kampung. Kami menyambutnya di sini dalam suasana yang cukup sederhana. Memandangkan kami semua tidak dapat berkumpul bersama ahli keluarga di lain di Terengganu dan Kajang. Di sini ingin saya kongsikan daging goreng resepi mak, kebetulan syikin jiran kami ada memberi daging korban. Teringat air tangan mak di Kajang yang selalu menyediakan daging goreng ini.  Bahan-bahan 500 gram daging 1-2 biji bawang besar (hiris) 10-15 biji cili padi (hiris) Serbuk kunyit Garam Kicap manis Kaedah Penyediaan: 1. Daging dibersihkan dan di potong nipis. 2. Saya rebus dahulu daging sehingga empuk. Daging yang telah empuk dilumur dengan serbuk kunyit dan

Resepi Kek Kurma lembut dan gebu

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam 1 Zulhijjah. Meskipun tiada panggilan haji buat kita rakyat Malaysia sudah memasuki tahun ke-2 menghadapi ujian pandemik Covid-19, semoga kita semua dapat bersama-sama menghayati dan meningkat amal ibadah dalam bulan zulhijjah yang mulia ini. Semoga Alla h dapat menunaikan hajat kita semua untuk terpilih menjadi tetamu-Nya di  Baitullah, Makkah Al-Mukaramah. Aamiin. Sedang mengemas di dapur dan melihat masih lagi banyak buah kurma bekalan masa ramadan yang lepas, terus terfikir untuk membuat Kek Kurma. Boleh menjadi hidangan untuk berbuka puasa petang ini. Maka terjadilah kek kurma yang lembut dan gebu ini. Saya pakai adunan kek pisang sahaja, alhamdulilah menjadi, lembut dan gebu. Bahan A 2 cawan tepung gandum 1 tsp baking powder 1 tsp soda bikarbonat Bahan B 1 cawan kurma yang telah dihiris 3/4 cawan kastor (saya kurangkan kepada 1/2 cawan) 3 biji telur A 1 cawan minyak 1 tsp vanilla 1 sudu besar ovelette Kaedah 1. Sebatikan semua Bahan A d

Sayonara SPK 3 (Sesi Disember 2019 - Sesi Disember 2020)

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Berada dalam musim pandemik Covid-19 kini menyebabkan masa yang berlalu seperti pergi begitu sahaja. Mungkin tidak banyak kenangan kami bersama memandangkan tempoh masa kami berada di Kolej tidak seperti dahulu. Kebanyakkan kelas dijalankan dalam atas talian. Namun demikian, pelajar-pelajar ini tetap terkesan dalam hati saya. Walaupun dengan masa yang cukup terbatas, namun banyak aktiviti-aktiviti yang masih cuba diusahakan untuk dilakukan bersama. Mereka masih mengikut arahan yang diberikan dengan baik meskipun perlbagai halangan yang perlu dilalui. Mereka masih membalas setiap pesanan saya, mereka tetap cuba menunaikan permintaan saya contoh seperti untuk terlibat dengan pelbagai program seperti  Pertandingan Inovasi, Kuiz, Pertandingan Kemerdekaan dll sedangkan terhimpit dalam keadaan masa yang suntuk, aktiviti demi aktiviti yang perlu diselesaikan. Namun mereka tetap tidak mengecewakan saya dan sungguh saya menghargai setiap usaha mereka! Sebaga