Resepi Kek Kurma lembut dan gebu

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam 1 Zulhijjah. Meskipun tiada panggilan haji buat kita rakyat Malaysia sudah memasuki tahun ke-2 menghadapi ujian pandemik Covid-19, semoga kita semua dapat bersama-sama menghayati dan meningkat amal ibadah dalam bulan zulhijjah yang mulia ini. Semoga Allah dapat menunaikan hajat kita semua untuk terpilih menjadi tetamu-Nya di Baitullah, Makkah Al-Mukaramah. Aamiin.

Sedang mengemas di dapur dan melihat masih lagi banyak buah kurma bekalan masa ramadan yang lepas, terus terfikir untuk membuat Kek Kurma. Boleh menjadi hidangan untuk berbuka puasa petang ini. Maka terjadilah kek kurma yang lembut dan gebu ini. Saya pakai adunan kek pisang sahaja, alhamdulilah menjadi, lembut dan gebu.


Bahan A

2 cawan tepung gandum

1 tsp baking powder

1 tsp soda bikarbonat


Bahan B

1 cawan kurma yang telah dihiris

3/4 cawan kastor (saya kurangkan kepada 1/2 cawan)

3 biji telur A

1 cawan minyak

1 tsp vanilla

1 sudu besar ovelette


Kaedah

1. Sebatikan semua Bahan A dalam mangkuk adunan.

2. Masukkan semua Bahan B dalam blender. Kisar semua Bahan B dalam blender hingga gebu.

3. Tuang ke dalam adunan bahan A. Tambahkan 2 sudu besar susu cair/fresh milk/full cream. Kaup balik

4. Masukkan adunan dalam loyang 8 inci. Untuk hiasan saya taburkan badam dan chocolate chips.

5. Bakar dalam oven suhu 170 C sehingga masak dalam 30-40 min.


Selamat Mencuba


Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun