Posts

Showing posts from November, 2022

Selamat tinggal 2022 - Menggapai awan

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sebenarnya banyak yang hendak dicoretkan...tahun 2022 yang penuh liku dan tekanan rasa yang menghimpit kehidupan diri, rasa lelah, penat untuk bangun melangkah, rasa apakah ini...namun jika diingatkan kembali ujian yang dilalui tidaklah sehebat dengan kesusahan dan penderitaan yang dialami orang lain. Allah masih lagi mengurniakan rezeki yang melimpah daripada biasa...masih lagi dikelilingi kasih sayang daripada keluarga yang disayangi... Seharusnya rasa bersyukur yang dipanjatkan bukan rasa tamak yang tidak pernah cukup...Terima kasih suami, iman, khaira dan nuha yang menjadi tulang belakang mama. Rasanya mama tidak akan mampu untuk melangkah lebih tinggi jika tiada kamu semua yang banyak turut sama 'berkorban' untuk setiap apa yang mama kecapi hari ini. Mama ingin menggapai awan tetapi mama rasa tidak berdaya. Terima kasih my dear love husband.....sentiasa memahami isterimu dan menerima setiap kekurangan yang ada...dan sehingga kini tanpa

WARUNG SELERA KAMPUNG BENDANG PANJANG, KUALA KANGSAR

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kali ini kami berjaya untuk singgah ke sini untuk menikmati pelbagai aneka sarapan pagi yang menyelerakan. Warung selera ini antara tempat viral yang perlu disinggah jika ke Kuala Kangsar dan akan dipenuhi ramai orang. Memandangkan kami membawa abah yang tidak boleh berjalan jauh, jadi kami sudah datang seawal 8.00 pagi ke sini. Kebetulan homestay tempat tinggal kami tidak jauh ke sini. Kali ini kami memilih untuk berada di Homestay Aneesa Chandan Putri 3. Istimewanya warung ini kerana berada dalam kebun getah, mempunyai banyak pilihan menu makan serta dilengkapi permainan kana-kanak seperti buaian dan lain-lain lagi. Roti kukus dan juga pelbagai pilihan roti jika anda peminat roti bakar/kukus Nasi lemak antara menu wajib untuk sarapan pagi Ada banyak pilihan roti canai, tetapi yang dalam gambar ini adalah roti canai tsunami Nasi Goreng kambing....memang sedap..rugii tak cuba Selepas menikmati makan pagi di sini, kami terus berjalan-jalan ke pasar t

Warung Telaga, Kuala Kangsar

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini hendak kongsikan kenangan kami cuti-cuti di Kuala Kangsar. Kuala Kangsar merupakan tempat kegemaran mak dan abah jika datang ke Bagan Serai menziarahi kami. Jadi kami pasti akan mencari homestay untuk bermalam di Kuala Kangsar. Boleh dikatakan ini jalan-jalan Kuala Kangsar kami kali keempat tidak silap. Kami seronok berada di sini, menikmati suasana bangunan sejarah yang cantik senibinanya dan disamping itu tentulaa pelbagai menu makan-makan yang sedap ada di sini. Antara tempat wajib untuk kami singgah jika ke Kuala Kangsar adalah di Warung Telaga. Ini kali kedua kami menikmati makan-makan di sini. Dengan harga yang sangat murah dan menikmati makan petang yang sangat sedap...mana lagi nak dapat pada waktu sekarang ni dikala semua harga mencanak naik hehe. Rugiii laa kalau tak rasa laksa yang sedap ini Ada laksa telor goreng dan ada laksa telur rebus roti puri pun ada..tak cukup 1..kena tambah lagi ABC, keropok lekor, cekodok, cucur bawang.