Posts

Showing posts from May, 2018

Puding roti agar-agar

Image
Assalamualaikum dan Salam ramadan Pada hari ini saya sempat menyiapkan puding roti agar-agar sempena dengan majlis berbuka puasa anjuran Kolej Komuniti Bagan serai bersama staff dan para pelajar. Disebabkan bahan-bahan sudah ada dan sudah lama merancang hendak buat puding roti agar-agar ini, jadi saya ambil kesempatan ini untuk turut sama berkongsikan juadah berbuka puasa yang tidak seberapa ini. Kebetulan di rumah ada roti fiber gardenia, jadi saya hanya menggunakan roti ini sahaja. Resepi asal menggunakan roti putih. Sangat mudah menyediakannya dan rasanya juga sedap. Saya buat 2 lapisan, lapisan bawah warna putih susu yang asal dan lapisan atas adalah campuran 4 jenis warna. Saya tuangkan secara serentak 4 jenis warna secara bertindih, kemudian saya biarkan sedikit mengeras dan cakarkan dengan garfu. Kemudian baru saya tuangkan warna putih susu untuk membentuk lapisan kedua. 1 peket agar-agar (37.5 gram) 1 1/2 cawan gula pasir 6 cawan air (B) 2 bi

Mandi-manda di Dataran Gemilang, Putrajaya

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pada pagi 5/5/18, sebelum kami pulang ke Bagan Serai pada petangnya saya sempat meluangkan masa bersama  keluarga mertua untuk berekreasi bersama-sama. Apa lagi...bukan main seronok la Iman. Khaira macam biasa la pilih untuk berkepit dengan mamanya ini. Jadi nak tak nak, memang la saya kena ikut mengenangkan khaira yang masih nak berteman, walupun iman dan aleesya ada.  Dataran Gemilang di Putrajaya bukanlah tempat yang asing buat kami. Malah sebelum kami berpindah ke Bagan Serai, memang sudah beberapa kali membawa Iman ke situ. Seronok melihat mereka gembira dapat mandi-manda bersama. Lebih seronok sebab ditemani nenek dan opah, ada juga bersama. Kebetulan semasa kami datang, turut diadakan aktiviti jualan di tempat yang berhampiran. disamping menghirup udara segar dan angin sepoi-sepoi bahasa. Di sini merupakan salah satu aktiviti riada yang sihat juga buat anak-anak dan keluarga. 

Langkah demi langkah kerabu mangga kak ina

Image
Assalamualaikum dan salam Sejahtera Kerabu mangga air tangan kak ina Sekarang ini di sini musim mangga, banyak betul mangga yang mudah diperolehi di sini. Kalau nak mencicah sahaja, masih banyak. Kak ina cadangkan untuk buat kerabu mangga. Resepi ini daripada kak ina, barang-barang penyediaan di bawa daripada rumah oleh kak ina. Saya simpakan di sini untuk rujukan sendiri jika diizinkan Allah boleh buat kemudian hari. Kat ofis...buat macam ni jer..tapi kasar sikit laaa. Dalam 2 biji Dah siap hiris buat mangga tu, campurkan bahan-bahan yang diperlukan. Antara bahan-bahan yang perlu untuk dicampurkan bersama: 1) Kacang tanah yang telah digoreng, di tumbuk kasar 2) Ikan bilis yang telah digoreng sebelum itu untuk dicampurkan dengan cili besar, cili padi. Ditumbuk semuanya. 3)Bawang yang telah dihiris 4) Garam 5) Gula Gaul sebati semuanya Makan begitu sahaja pun sedap..nak lagi umppp makan dengan nasi la

Kek pineapple upside down

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulilah, berkesempatan pada minggu lepas mengunjungi kenduri aqiqah yang dibuat untuk anak saudara, Aqil Hafiy di Shah Alam. Sebagai buah tangan, sempat saya sipakan kek pineapple upside down ini. Sebenarnya sudah lama saya tidak membuatnya. Di bawah ini, saya kongsikan resepinya ya: Bahan-bahan 4 biji telur 300 g tepung berserbuk penaik 1/2 tsp garam 200  g gula caster 180 g mentega 1 cawan jus nenas 7 keping nenas (6 keping nenas jika gunakan loyang 8 inci) Gula perang 1 tsp esen vanila beberapa biji jeli tips Kaedah penyediaanya: 1. Sediakan loyang 9 inci. Glis dengan mentega. Taburkan dengan gula perang. Susunkan nenas dan jeli tips. Tak perlu pun letakkan ceri merah yang dipotong dadu tu, saya ingatkan nak bagi cantik..rupanya jadi sebaliknya 2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang berkrim. 3. Masukkan telur satu persatu. 4. Kemudian kaup balikkan sehingga sebati tepung diselang-sellikan dengan jus nena

Resepi carrot kek / kek lobak yang tersangat sedap

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kebetulan sebelum pulang ke kampung, umi request nak makan kek carrot. Kebetulan my MIL pun ada sebut minta tolong buatkan kek carrot. Jadi saya try buat menggunakan resepi ini. Rasanya sudah lebih enam tahun saya tidak try resepi ini. Resepi ini saya perolehi daripada ofismate semasa di Kolej Komunti Arau. Dan saya yakins esiapa yang sangat menggemarkan rasa kek carrot yang lembut moist dan la 'secret recipe' takkan kecewa dengan resepi ni. Dah makan baru teringat nak ambil pic..hehe Bahan-Bahan: 100 g walnut/pecan/almond (bakar terlebih dahulu) 340 g lobak yang telah diparut 280 g tepung gandum 1 tsp baking soda 1 1/2 tsp baking powder 1/2 tsp garam 1 1/2 tsp serbuk kayu manis 4 biji telur 300 g gula caster 240 ml minyak masak 2 tsp vanila Kaedah penyediaan: 1. Panaskan oven 180 darjah celcius 2. Campurkan dan gaul sebati, tepung gandum, baling soda, baking powder dan serbuk kayu manis.     Ketepikan. 3. Pukul

Kek Nestum Azlina Ina

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Beberapa minggu lepas sempena bacaan yaasin di kampung, saya telah sediakan sebiji kek nestum berdasarkan resepi dr Azlina Ina. Ini resepinya: Bahan-bahan yang digunakan: Bahan A 💚 5 bijik telur gred A atau B 💚 1sb ovalate 💚 1sk esen vanila atau creamy vanila 💚 3/4 cawan gule perang   💜 1/2 cawan susu pekat     Bahan B 💜 1 cawan tepung gandum(100g) 💜 1 cawan+1/4 cawan tepung blue key self rising(130g) 💙 tambah kan 1/2 cawan nestum original(70g) 💙 3sb serbuk santan    💙 1/2 cawan mentega cair (timbang anggaran 180g dan cairkan, kemudian sukat 1/2 cawan)  Kaedah: 1. Mix sehingga gebu Bahan A kecuali susu pekat , dan kemudian masukkan 1/2 cawan susu pekat.        Pukul sehingga sebati. 2.  Ayak campuran tepung. Kemudian kaup balik bahan B kecuali mentega cair dalam adunan Bahan      A. 3. Akhir sekali masukkan mentega cair dan kaup balik sehingga sebati. 4. Bahagikan beberapa warna dan tuang adunan