Posts

Showing posts from March, 2019

Rawatan alternatif sonotron bagi batuk berkahak

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rawatan Terapi Sonotron ini adalah kaedah alternatif yang mana  menggunakan pancaran discaj yang berfrekuensi rendah dan ia dikendalikan secara luaran oleh juruterapi. Rawatan alternatif sonotron bukanlah sesuatu yang baru buat kami. Kami telah menggunakannya sejak Khaira Khadijah lagi, 3 tahun yang lalu. Masa itu khaira sering diserang lelah, boleh dikatakan hampir setiap bulan semasa umur dia setahun setengah. Setiap kali itulah kami terpaksa berulang ke klinik untuk ambik neb. Jadi sebagai ikhtiar kami gunakan sonotron ini untuk khaira. Pertama kali mencuba bukanlah terus sembuh dan seingat saya berkali2...dan sehingga kini khaira tidak lagi perlu ambil neb. Alhamdulilah. Sebenarnya saya sudah lupa tentang rawatan sonotron ini sehinggalah seawal usia hampir 2 bulan Nuha Nazihah dijangkiti batuk berkahak. Allah...risaunya saya Tuhan sahaja yang tahu. Sebelum ini tiada pengalaman menguruskan anak seawal ini sakit. Sudah hampir 3 minggu

Resepi apam pandan

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Baru berkesempatan hendak mencuba resepi apam pandan ini. Padahal sejak mengandungkan Nuha dah lama teringin, tapi punya la tak larat nak buat hehehe. Alhamdulilah bila rasa sedikit kuat ini, Nuha pun behave saja...so try cuba resepi apam pandan ini. Banyak rupanya versi resepi apam pandan ini. Ada yang menggunakan santan dan ada yang tiada. Kali ini saya menggunakan resepi apam pandan yang tidak menggunakan santan. Resepinya boleh tengok di bawah ye: Bahan-bahan 3 cawan tepung gandum 1 cawan air suam 1 cawan air biasa 1 cawan gula 1 paket mauripan 1 cawan air pandan (blend 5 helai daun pandan) dan tapis secubit garam Satukan semua bahan rata dan tapis. Rehatkan dalam 45 minit Sapukan acuan dengan minyak Kukus selama 10 minit jika menggunakan acuan kecil Kalau menggunakan loyang kukus selama 30 minit sehingga masak. SELAMAT MENCUBA(^_*)