Posts

Showing posts from August, 2018

Kek Alunan Kasih

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera  Kek alunan kasih. Pakai margerin pelangi ttp rasa dah sedap sangat. Next time boleh cuba guna premium butter pula. Resepi kek alunan kasih Sumber:goggle Mentega 250g Gula caster 1 1/2 cawan  5 biji telur gred A Susu cair 1/2 cawan Perisa vanila 1 tsp Tepung gandum 2 1/2 cawan Baking powder 1 tsp Pewarna pilihan (saya guna biru, merah dan kuning) Perisa pilihan (tak letak) Serbuk koko Kaedah: 1-Sediakan loyang 8x8x3. Glis dan letak baking paper. 2-Pukul gula dan mentega sehingga berkrim dan putih. 3-Pecahkan telur satu persatu dan pukul dgn kelajuan perlahan 4-Masukkan susu cair dan perisa vanila. Pukul sehingga sebati. 5-Masukkan tepung dan baking soda.( saya kaup balik) 6-Bahagikan kpd 3 bahagian warna dan perisa 7- selepas lapisan pertama dan kedua ayakkan serbuk koko . 8-Bakar pd suhu 170 c sehingga 45min (bergantung pd oven masing2) Selamat Mencuba (*_~)

Kek moist coklat puding karamel dan kek coklat kukus sempena hari lahir kak zu

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah lama sebenarnya teringin nak buat kek puding karamel coklat ini. Akhirnya dapat juga buat bila anak-anak pelajar request nak buat kek nak sambut hari lahir Pn.Zunairah. Kami buat 2 jenis kek. Satu kek coklat kukus dan satu kek coklat puding karamel ini. Macam biasa la kek ni resepi daripada Azlina Ina saya ambil di facebook beliau. Di bawah ini saya kongsikan resepinya. Resepi kek moist coklat puding karamel Gumakan loyang 9 inci. Bahan2 puding karamel Karamel die 1/2 cawan gule pasir.. perang kan atas api perlahan. (Boleh lebihkan sedikit gula supaya karamel yang dihasilkan dapat diratakan dengan mudah pada keseluruhan loyang. Selain itu, boleh letak loyang atas dapur dan memudah kan anda rata kan karamel.. )  Puding die 1tin susu cair 1/2 cawan susu pekat 1sk esen vanila atau creamy vanila 4 kuning telur dan 1 bijik telur penuh semua 5 bijik Campur susu cair,susu pekat dan telur tu baru whisk sehingga berbuih. Dan