Rumah Transit Putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Bulan lepas saya terpaksa 'outstation' ke Putrajaya kerana perlu meyelesai urusan semakan dokumen MQA bagi permohonan akreditasi penuh untuk Program kami sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. Rasanya seperti terkena sumpahan..terlalu banyak yang perlu dibetulkan dan diselesaikan. Walaupun rumah  MIL dan FIL di Kajang sahaja, tetapi memikirkan perlu berulang alik Kajang-Putrajaya-Cyberjaya saya merasakan untuk transit di Rumah Transit Putrajaya. Ini mungkin akan lebih membantu saya supaya dapat fokus menyiapkan dokumen. Kalau ikutkan semasa tiba di Kajang saya belum menempah Rumah Transit Putrajaya di laman web SBBPH kerana tidak merancang untuk menginap di situ awalnya. Jadi saya mencuba nasib menempah pagi itu untuk check in pukul 2.00 pm hari yang sama. Alhamdulilah, masih ada kekosongan walaupun tersangat 'last minute plan' hehehe.



Apa lagi saya ajak la FIL, MIL jika mereka ingin turut serta memandangkan rumah transit ini mempunyai 3 bilik dan ada lift walaupun abah berkerusi roda. Saya menempah untuk satu malam sahaja.  Sudah lama ingin mencuba sebenarnya walaupun acap kali outstation ke Putrajaya saya lagi senang berada di rumah MIL dan FIL. Walaupun berada untuk satu malam saja, kesian pula saya tengok emak membawa macam2 barang-barang keperluan abah. Harap mereka dapat merubah angin seketika. Kerana tidak pasti, saya minta mereka bawakan sekali pemanas air elektrik dan iron sekali.

Alhamdulilah setelah berjaya check in ,

Setibanya dekat pintu lift

Kami di tingkat 5
Ruang tamu. Remote TV pun tidak function dengan baik..Alahai..huhuhu

Bilik tidur utama, hanya ada aircond di bilik utama. Lampu bilik air di bilik utama rosak. Air cond pun tak dapat nak setting sbb remote mungkin dah habis bateri
Bilik tidur kedua


Bawak budak tecik ini

Seronok mereka dapat berkumpul bersama cousins diorang

Bilik tidur ketiga. Antara kedua-dua bilik tidur ini ada tandas yang kedua

Ruang dapur besar cuma kelengkapan cawan, pinggan, mangkuk tidak disediakan. Peti sejuk boleh on tetapi malangnya kettle yang disediakan rosak. Nasib baikla kami memang membawa pemanas elektrik dari rumah
Bagi pendapat saya, dengan harga RM 70 semalam untuk tujuan bermalam sangat berbaloi tetapi jika ingin yang mengharapkan menggunakan kemudahan asas memang agak menyedihkan dan yang datang dalam bilangan ramai. Even iron pun tidak disediakan. Saya rasa banyak barang-barang yang telah rosak dan kemudahan yang disediakan tidak dijaga dengan baik. Terutamanya lampu tandas utama tidak dapat 'on' kebetulan abah yang berkerusi roda tidur di bilik itu. Saya rasa sangat bersalah kerana membawa mereka ke situ. Sepatutnya rumah ini diselenggara dengan baik terutamanya kemudahan asas.

Apapun kami tetap enjoy sepanjang satu malam kami di sini. Pusat rekreasi Ayer 8 tidak jauh dari Rumah transit Putrajaya. Kami sempat meluangkan masa dan juga ke  Alamanda.

Ayer 8 Putrajaya


Jalan-jalan Alamanda

Comments

  1. As salam... Sy mendapat apartment yang sama dgn puan.. Sy dh keluarga tidur smlmn di sini sementara ke port dickson esok hari. Masalah sy sama dgn puan..cuma keetle blh digunakan tetapi water heater tdk berfungsi lah.. Sesiapa yg ingin datang perlu sediakan pinggan dan mngkuk sb sini hanya ada cawan shj.. Tv langsung xdpt tgk.. Apepon kami selesa berada di sini dgn suasana yg bersih. Cuma perlu upradekan agar kemudahan ini dimanfaatkan sepenuhnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai ya ke..huhu, betul...bab makan tu saya lupa nak sentuh..kami tapau makanan kebetulan sup masa tu..memang tragik sangat nak cari bekas isi..huhuhu, dengan budak2 ramai masa tu...sayang kan..kalaulah rumah ini dapat diselenggara dengan baik...

      Delete
  2. Xpe ke msk ramai2 tu,ke ade extra caj...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk rumah transit 3 bilik ini had dewasa 6 orang dan kanak-kanak 4 orang. Kebetulan kami memang datang 6 orang dewasa, 4 kanak-kanak dan 1 baby.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun