Posts

Showing posts from October, 2018

Resepi kek pandan mudah dan sedap

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semalam, selepas pulang dari kerja, teringat nak membalas bekas tupperware kak ina yang bagi asam pedas masakannya buat kami. Jadi teringin nak makan kek pandan old skool. saya google resepi, ada banyak resepi dan kaedah. Ada yang masukkan santan, ada yang tidak. Ada yang menggunakan mixer dan ada yang menggunakan blender. Untuk percubaan kali pertama ini saya gunakan resepi yang menggunakan blender sahaja sebab nak cepat dan mudah siap...hehehe, Maklumkan esoknya masih hari bekerja lagi. Walaupun kaedah penyediaannya sangat mudah tapi hasil yang diperolehi sangat tidak mengecewakan. Semerbak bau wangi, dah keluar oven tak sabar nak tunggu sejuk, terus potong panas-panas. Wallahhhhh...rasanya memang sedap. Kemudian budak-budak tu makan berkeping-keping. Ingatkan diorang tak suka dengan kek pandan ni, padahal baru lepas makan nasi, tak sangka loyang pun dah nak tinggal separuh.  Walaupun panas, tetap potong juga hihi Bahan-bahan B

Resepi kek marble gebu

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulilah, baru-baru ini memcuba resepi kek marble gebu. Sangat mudah membuatnya dan hasilnya tidak mengecewakan. Resepi ini saya perolehi daripada page masakan di fb. Saya share resepinya di sini: Mula-mula cairkan butter dalam 4 sudu besar (saya gunakan margerin pelangi sahaja) 2 cawan tepung kek (saya gunakan tepung gandum biasa yang ditambah dengan 1 tsp baking powder) 4 biji telur  1 cawan gula caster 1 sudu besar ovelette 2 sudu besar susu tepung 3 sudu besar susu UHT 1 sk esen vanila Pewarna kegemaran Kaedah: Mixkan semua bahan kecuali butter yang telah dicairkan. Mula2 medium speed, dah sebati terus high speed Sehingga kembang dan gebu. Dah gebu masukkan butter yang telah dicairkan (butter tu telah sejuk) Masukkan ke dalam loyang 8 inci. Bakar pada suhu 150-160 c dalam 45 minit atau sehingga masak.

Kek Puding Karamel Pelangi untuk umie

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pada 11 September yang lepas, my umiesayang, adik perempuan dan adik lelaki datang ke rumah di Bagan Serai. Kebetulan adik lelaki mengambil cuti yang panjang, jadi peluang dan masa yang ada di gunakan untuk bawa umi singgah sekejap ke Bagan Serai dan seterusnya ke Kajang melihat ayah mertua saya. Jadi, saya bercadang untuk membuat kek puding karamel pelangi untuk umie. walaupun bukan hari jadinya tetapi dengan harapan dapat mengembirakan hatinya. Bukan mudah untuk umi datang menziarahi kami di sini. Bukan dekat, dan perjalanan yang mengambil masa berjam-jam bagi usia emasnya demi untuk berjumpa anak dan cucu-cucunya buat saya rasa tersangat sebak. Saya hanya mampu menangis di dalam hati mengenangkan keletihan dan susah payahnya itu.Tq to my bro and little sis yang tolong bawakan umie untuk kami.  Seperti biasa pembantu kecil saya, Iman dan Khaira membantu sama untuk saya menyiapkan kek ini. Kami buat pada malam sebelumya.

Resepi kek apam coklat

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Selamat berhujung minggu semua. Semoga hujung minggu ini terisisi dengan segala kebaikan dan aktiviti yang mengembirakan di sisi insan-insan tersayang. Alhamdulilah, nak share resepi kek apam coklat yang baru buat semalam. Resepi ini saya ambil daripada group masakan dan terus mencubanya semalam. Di bawah ini saya kongsikan resepinya yer: Banyak jugak dapatlebih kurang 50 pieces. Bahan-bahan: 2 biji telur 1 cawan gula halus 1 cawan susu pekat (saya kurangkan kepada 3/4 cawan) 1 cawan air suam 1 cawan minyak masak 1 tsp Esen vanila Bahan ayak: 3/4 cawan serbuk koko 2 cawan tepung gandum 1 tsp baking powder 1 tsp soda bikarbonat Mixerkan semua dalam 4-5 minit Sapukan minyak pada bekas lompang dan letakkan adunan dalam bekas Panaskan periuk kukus selama 15 minit. Saya isi 3/4 tetapi bila dah masak dia naik sehingga terkeluar bekas. Next time nak isi separuh bekas sahaja untuk dapatkan hasil apam yang comel2. Say