Posts

Showing posts with the label Teknologi Makanan

Real foods Vs Processed foods

Image
Ramadhan 2017 bakal tiba sabtu ini (27/5/17). Selain daripada membuat azam tahun baru, bulan ramadhan juga biasanya menjadi turning point untuk melakukan sesuatu yang lebih baik. Walaupun hakikatnya, muhasabah diri perlu dilakukan setiap hari. Seperti pesanan Nabi; Rasulullah S.A.W berpesan yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Selain daripada kita memperbaharui niat untuk meningkat amal ibadat kita ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum, jom kita sama turut audit pengambilan makanan harian kita juga. Memang tidak dapat dinafikan bulan ramadhan bukan sahaja ditunggu oleh orang islam tetapi juga yang bukan beragama islam. Kerana apa? Kerana pada bulan ramadhan turut merupakan syurga ...

Plastik, tupperware dan sejauh mana kesannya?

Image
Ok jom kenali 7 jenis plastik yang ada disekeliling kita, yang mana kita perlu pilih dengan selamat, guna dengan hati-hati ataupun elakkan dari guna. Kita boleh kenal berdasarkan simbol yang kebanyakkanya tertera dekat bahagian bawah plastik yang dipanggil sebagai no resin. Pilihan selamat untuk digunakan dalam kategori 2,4 dan 5. Manakala kategori 1 dan 7 perlu digunakan dengan hati-hati. Contoh botol air mineral besar ataupun kecil hanya sekali sahaja boleh digunakan sebabnya bila digunakan berulang-ulang kali lapisan polimer dalam botol keluar dan boleh menyebabkan bahaya. Dan paling penting cuba elakkan penggunaan plastik dari kategori 3 dan 6 terutamanya dalam penyediaan makanan. Tolong dan tolong jangan hidangkan pada tetamu untuk mengisi makanan dan minuman yang panas kerana plastik kategori ini tidak tahan panas. Polisterene sangat bahaya untuk kesihatan otak dan sistem reproduksi. Plastik boleh mempengaruhi ketidakseimbangan hormon dan boleh menyebab...