Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, hari ini share tentang Rumah Transit Port Diskson yang kami duduk di sini. Rumah Transit di sini ada pilihan 3 bilik dan 5 bilik. Untuk 3 bilik bayaran untuk semalam adalah RM70.00, manakala untuk 5 bilik RM150.00. Saya mengambil Rumah Transit 5 bilik memandangkan kami agak ramai daripada 8/1/18-10/1/18 terdiri daripada 9 dewasa, 3 kanak-kanak dan 2 bayi.
|
Laluan ke rumah transit belok selekoh sebelah kiri |
|
Rumah transit kami dari luar |
|
Bahagian ruang tamu |
|
Bilik utama bersama bilik air |
|
Ruang dapur yang agak besar dan disediakan pemanas air dan peti sejuk. Pinggan, gelas, mangkuk boleh bawa sendiri |
Permandangan yang cukup cantik dan mendamaikan. Terdapat juga laluan
disediakan untuk berjalan kaki ke pantai dengan menuruni anak tangga.
Ketika kami datang, pool untuk mandi-manda di tutup seketika, kerana
rumah persekutuan (apartment) ditutup sementara. Agak kecewa sedikitlah
sebab tujuan asal untuk membawa anak-anak mandi-manda. Jadi sepanjang 2
hari ini kami banyak meluangkan masa di pantai berhampiran. Kami sempat
membawa anak-anak mandi di persisiran pantai dan mereka sangat seronok bermain pasir. We still had a fun...Alhamdulillah.
Disamping itu, disediakan juga mini playground untuk kanak-kanak bermain dan ruang untuk barbeku di luar rumah.
|
Ruang playground untuk kanak-kanak |
|
Tempat barbeku turut disediakan |
|
Pantai yang berhampiran dengan rumah peranginan Port Dickson |
|
sempat mencari remis...hehe |
|
kebetulan masa ni air pasang, dapat laa juga sepinggan |
permaisuri beach resort tu dah tutup ye. sebelah rumah transit tu
ReplyDeletemasa saya datang tu ditutup sementara. Sekarang saya tak pasti pula
DeleteMaaf nk bertanya ..lokasi rumah transit ni di mana...bersebelahan dgn permaisuri resort tu ya...
DeleteRumah transit PD, check in di Puteri Beach Resort juga kah?
ReplyDeleteCheck ini di bahagian pendaftaran dalam kawasan rumah transit itu. Nanti guard akan tunjukkan. Masuk je ikut pintu masuk rumah transit.
Deletedapur ada sedia x?
ReplyDeleteDapur, pinggan, mangkuk semua tidak disediakan. Ada heater dan peti sejuk sahaja. Kami bawa pressure cooker dan slow cooker untuk masak-masak.
DeleteKena call dulu ke sebelum datang? saya dah buat tempahan pada 3-5 Ogos ni...First time nak ke rumah transit PD.. :)
ReplyDeleteTak perlu pun tetapi make sure kena check in time office hour sebelum pukul 5pm.
DeleteTq...dah apply cuti Jumaat ni...tq info...
DeleteSalam nk tanye utk rumah transit yg 5 bilik ada kekosongan x pada 20hb-21hb/4?
DeleteTengok dalam sistem SBBPH(Sistem Bersepadu Badan Pengurusan Hartanah). Selalunya kena rancang cuti awal 3 bulan..saya mohon rumah transit bulan 5 untuk tempahan bulan 8..
DeleteKalau yg 3 bilik rumah dekat2 situ juga ke
ReplyDeleteyer btul dalam kawasan yang sama juga
DeleteBoleh bagi no tel ,sya nak sewa
DeleteBoleh layari website SBBPH untuk booking dan melihat kekosongan pada tarikh yang dikehendaki.
Deletesalam perkenalan, maaf rietta nak tanya, rumah transit ni kita boleh booking mcm rumah peranginan juga atau perlu ada surat menyatakan yang kita bertugas di luar kawasan.
ReplyDeleteBooking rumah transit sama seperti booking rumah peranginan juga. Boleh layari website SBBPH
Deletehttp://www.bph.gov.my/sbbphv2/c/?rndId=1536168105494
untuk booking pada tarikh kekosongan yang ada;-)
Ada pool x??
ReplyDeleteDulu ada pool tetapi sekarang pool masih lagi ditutup untuk proses kerja-kerja pembaikkan dan penyelenggaraan. Boleh layari website SBBPH untuk update terkini.
Deleteaircond ada ker
ReplyDeleteada...setiap bilik pun ada selesa
DeleteFool siap ke
ReplyDeleteboleh pilih ke nak bilik di atas atau bilik di bawah? saya bercadang nak bawa mak saya, dia sakit kaki tak boleh naik tangga..
ReplyDeleteSaya tak pasti pulak. Mungkin boleh call bahagian admin yang menguruskan Rumah Transit Port Dickson ini.
DeleteCORUS PARADISE PRIVATE APARTMENT PORT DICKSON FOR RENT..(MUSLIM ONLY)-with lift
ReplyDeleteFULLY RENOVATED APARTMENT..
Fresh and brightly decorated for superb relaxation.
Located close to Corus hotels,beaches view/above the water,PD town & Teluk Kemang.
Shared pool and outdoor common area between Corus hotel & Corus apartment...
The space
Accommodates: 4+
Bathrooms: 1+1 ( water heater)
Bedrooms: 2
Beds: 2+1
Check In: Anytime after 3PM
Check Out: 12PM (Noon)
Property type: Apartment
Room type: Entire home/apt
Fully renovated apartment
Each bedroom have a 2 singles/ 1 queen size bed.
Kitchen is equipped with refrigerator, electric cooker, oven, and the essentials.
Extra bed : 4
No pork,No alcohol & No drugs allowed inside of the apartment.
Rates per night :
Weekdays : rm200
Weekend : rm250
Public Holidays/School holidays : rm300-rm350
Safety features
First aid kit
Availability
1 night minimum stay
*Already removed every tile & replaced all & extended the master room & create additional bathroom. Original unit has only 1 bath.
*5S CONCEPT
Contact me:
Che Norijan Binti Jamil
019-2222777
Direct owner
Salam..Boleh tanya tak camne duit deposit tu ye? dorang akan pulangkan semula cepat tak?
ReplyDeleteBiasanya deposit dalam tempoh 1-2 jugak, nanti akan dimasukkan di dalam akaun kita.
DeleteMaaf cik nak bertanya aircond memang setiap bilik ke ada ?
ReplyDeleteMemang setiap bilik ada air-cond.
DeleteKan tny mmg ada org (staff) dtg check ke berapa org yg dduk dlm tu nnti.. Sbb kalau baca dkt syarat2 die ckp ada Pgwai akan dtg wt spot check utk pntau
ReplyDeleteuntuk rumah transit maximun 10 orang dewasa, jika lebih akan dikenakan bayaran ikut kepala. Ada pegawai yang pantau tapi masa kami datang takdela check sepanjang masa.
Delete*nak tny.. Typo pulak
ReplyDeleteada hantu dak selalu rumah peranginan persekutuan berhantu kecuali kat langkawi yang lain semua ada penunggu
ReplyDeleteAlhamdulilah setakat jalan2 kami ke rumah transit dan persekutuan semuanya baik2 sahaja walaupun bawak baby dan anak2 kecil bersama. Yang penting amalkan sunnah dan cara2 masuk ke dalam rumah seperti yang diajari agama islam kita untuk mengelakkan perkara2 yang tidak diingini..;-)
Deleteada court bola tampar kee?
ReplyDeletetak pasti pulak cik, sebab macam tak nampak
DeleteMesra oku x...
ReplyDeleteKalau dapat rumah bawah tiada masalah juga, cuma kalau dapat bilik atas mungkin ada masalah sikit sebab tangga.
Deleteapa beza rumah transit port dickson dengan rumah peranginan persekutuan tanjung tuan?
ReplyDeletelokasi berbeza ker?
Betul..lokasi yang berbeza
Delete