Posts

Showing posts from November, 2019

Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Perak

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pada minggu lepas berkesempatan untuk ke MAPS, Ipoh. Sebenarnya ini satu perancangan yang tidak dirancang. Husband terpaksa menyelesaikan urusan Lesennya di JPJ, Ipoh. Kebetulan pula sekarang musim cuti sekolah sudah bermula. Kami bercadang untuk membawa anak ke MAPS. Kami bergerak dari Bagan Serai pun sudah agak lambat dalam pukul 1.30 pm dan tiba di sana dalam pukul 3.00 pm. Tempat parking yang disediakan agak besar dan mencukupi untuk pengunjung yang datang. alhamdulilah walaupun kami tiba agak lambat dan pada masa cuti sekolah, kami tidak perlu mencari terlalu lama tempat parking kereta. Tiket masuk ke MAPS adalah free entrance. Tetapi jika mahu bermain di dalam itu perlu bayar mengikut harga yang berbeza-beza mengikut tempat. Di dalam itu, sebarang pembayaran menggunakan kad top-up yang berisi duit. Jika ada lebihan duit, semasa exit entrance boleh tebus kembali baki duit.  Secara keseluruhannya, tempat ini sangat menarik untuk

Hari terakhir kak ina sayang di KKBSe

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sebenarnya mengucapkan selamat tinggal itu bukanlah perkara yang susah,  tetapi ia menjadi teramat perit bila kita sedang mengingati segala kenangan yang telah kita lalui bersama.   Usia kami begitu jauh,  namun saya begitu senang sekali bila bersamanya. Biasanya masa kami bersama apabila makan pagi bersama di pantri dan waktu rehat yang panjang pada hari jumaat. Apabila bersama kak ina kami banyak berkongsi resepi dan tip-tip masakan. Bagi saya kak ina sangat bertuah kerana dikurniakan Allah 'tangan emas'.  Sangat hebat dan sedap memasak malah boleh menjahit. Jangan terkejut kalau di atas jalan raya.. Kak ina juga sangat cukup hebat memandu.. hehe Walaupun meniti hari2 terakhir,  kak ina masih lagi menunaikan tanggungjawab beliau sebagai librarian dengan penuh amanah. Tidak sesekali menggunakan alasan hendak pencen untuk menolak arahan kerja. Saya sentiasa ingati pesanan kak ina untuk sentiasa bekerja dengan baik d

Puding Sumi untuk pot luck Hari Terakhir Kak Ina Sayang

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari jumaat yang mulia dan penuh berkah. Tetapi hari ini hari terakhir buat insan yang aku sayangi,  kak ina sayang. Orangnya sopan,  tutur lembut bicara dan tenang sentiasa.  Kak ina bakal bersara pada 24.12.2019. Allah... betapa bertuahnya insan yang bernama Nor Hasina binti Zahari kerana berjaya menjejaki usia persaraan wajib dalam keadaan sihat dan baik. Hanya orang yang terpilih Allah sahaja.  Semoga kami juga dapat menjejaki tibanya saat itu.  Pada potluck hari ini saya membawa makaroni goreng dan puding sumi Makarono goreng saya gunakan lebihan sos bolegnesse yang telah saya sejukbekukan. Dan saya tambah dengan meatball.  Puding sumi ini saya ambil dari resepi dari blog yatie memories. Sebenarnya sudah berulangkali saya buat resepi ini contohnya bawa semasa pot luck tadika iman dan khaira dan juga di dalam kelas.  Kali ini saya berkesempatan untuk berkongsi resepi. Saya ingin kongsikan resepi puding sumi ini: Puding Sumi