Hari terakhir kak ina sayang di KKBSe

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebenarnya mengucapkan selamat tinggal itu bukanlah perkara yang susah,  tetapi ia menjadi teramat perit bila kita sedang mengingati segala kenangan yang telah kita lalui bersama. 



 Usia kami begitu jauh,  namun saya begitu senang sekali bila bersamanya. Biasanya masa kami bersama apabila makan pagi bersama di pantri dan waktu rehat yang panjang pada hari jumaat. Apabila bersama kak ina kami banyak berkongsi resepi dan tip-tip masakan. Bagi saya kak ina sangat bertuah kerana dikurniakan Allah 'tangan emas'.  Sangat hebat dan sedap memasak malah boleh menjahit. Jangan terkejut kalau di atas jalan raya.. Kak ina juga sangat cukup hebat memandu.. hehe




Walaupun meniti hari2 terakhir,  kak ina masih lagi menunaikan tanggungjawab beliau sebagai librarian dengan penuh amanah. Tidak sesekali menggunakan alasan hendak pencen untuk menolak arahan kerja. Saya sentiasa ingati pesanan kak ina untuk sentiasa bekerja dengan baik dan tidak menganggu periuk nasi orang lain walau bagaimana pun mereka sekalipun. Kita buatla kerja kita. Jauh lagi perjalanan saya untuk meniti hari pencen ini. Kuatkah saya untuk menempuh pelbagai keadaan, persekitaran kerja,  rupa manusia yang pelbagai cabaran untuk dihadapkan??? Sejauh mana saya mampu ikhlas dalam urusan harian saya???  

Kak ina terima kasih untuk kenangan yang pernah kita lalui bersama. Halalkan segala apa yang telah kak ina berikan. Samaada ilmu atau apa sahaja. Semoga Allah kelilingi saya dengan rakan2 sekerja sebaik kak ina. Dan semoga saya dapat meneladani segala tingkah laku baik budi kak ina. Kak ina yang lahir pada 24.12, satu tarikh yang sama dengan Khaira Khadijah. Semoga Anaknda mama khaira mempunyai budi pekerti yang luhur seperti kak ina. 




Jika ingin dicoret pasti tidak mampu untuk saya tulis satu persatu segala kenangan kita. Mungkin tidak banyak tetapi sangat berharga buat saya. Apabila kita bermaustatin di tempat orang,  Allah temukan kita dengan orang-orang yang baik. Apabila kita juga pernah melalui episod duka dalam persahabatan dan   Allah temukan dengan pelbagai 'rupa'  manusia tetapi kini Allah hadirkan dengan orang yang menyayangi dan menerima kita seadanya.  Maka Nikmat Allah mana lagi yang perlu kita dustai.  Tiada yang setimpal untuk saya balas. I baked this cake and steamed it for 4 hours specially made to her. Her favourite kek. Kek buah. Tiada lain. Just to make her happy😊



Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun