Posts

Showing posts from August, 2019

Hantaran Pertunangan untuk adik tersayang

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kenangan Majlis Pertunangan adikku.., Tq Pak Cik Salim dan Mak Cik Ina , all the way came from Pahang to us. Truly said sedih sbb tak dpt nak bg full komitmen. Dlm masa 2 minggu need to go outatation untuk 4 negeri huhuhu...terpaksa tinggalkan iman, khaira dan nuha dkt papa diorang. Sampai pagi tadi dan mlm ni dah naik bus semula. Biasala org kampung kan...kalau tak berbunyi tak sah.., amboi..amboii..amboi...aihhhh...nasib i bkn jenis suka nak  meroyan kat socmed sangat hahaha😅 Simpan dkt sini kenangan untuk sebuah kesabaran. Congrates sister❤ Saya sempat siapkan gubahan hantaran di Bagan Serai. Sampai sahaja pagi terus letakkan gubahan di hantaran. Alhamdulilah semua berjalan seperti yang dirancang dengan keizinan Allah. Malamnya terus naik bus di Terminal Jerteh untuk pulang ke Bagan Serai kerana perlu menyiapkan diri untuk Lawatan Pelajar ke Kuala Lumpur. Maafkan kakakmu untuk ketidaksempurnaan kerana kita semua sama-sama berjuang dalam kehidupa

Rumah Transit Putrajaya

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Bulan lepas saya terpaksa 'outstation' ke Putrajaya kerana perlu meyelesai urusan semakan dokumen MQA bagi permohonan akreditasi penuh untuk Program kami sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. Rasanya seperti terkena sumpahan..terlalu banyak yang perlu dibetulkan dan diselesaikan. Walaupun rumah  MIL dan FIL di Kajang sahaja, tetapi memikirkan perlu berulang alik Kajang-Putrajaya-Cyberjaya saya merasakan untuk transit di Rumah Transit Putrajaya. Ini mungkin akan lebih membantu saya supaya dapat fokus menyiapkan dokumen. Kalau ikutkan semasa tiba di Kajang saya belum menempah Rumah Transit Putrajaya di laman web SBBPH kerana tidak merancang untuk menginap di situ awalnya. Jadi saya mencuba nasib menempah pagi itu untuk check in pukul 2.00 pm hari yang sama. Alhamdulilah, masih ada kekosongan walaupun tersangat 'last minute plan' hehehe. Apa lagi saya ajak la FIL, MIL jika mereka ingin turut serta memandangkan rumah