Posts

Showing posts from July, 2018

Titipan kasih buat abah

Image
 Abah...sungguh kami rinduuuu... Benarrr......Tiada manusia yang sempurna... Tetapi kehadiran abah cukup untuk membahagiakan kami....  Nampak pangkin di luar rumah,  teringat abah yang beria membakar lemang dan ikan bakar. Abah yang lebih 'excited' untuk kami berpindah di rumah baru ini. Dia yang rajin menebas dan meracun rumput.  Malah mencari benih pokok pisang,  betik dan macam2 lagi menyemai di tepi rumah.  Di bilik tidur abah seolah2 melihat dia sedang berehat,  mengaji Al-quran dan solat. Ya Allah, hanya Engkau sahajalah yang mengetahui betapa sunyinya hati ini. Kami cuba untuk membiasakan diri kerana selepas ini tiada lagi kunjungan daripada abah, mak dan yang lain-lain....huhuhu Kenangan di pangkin tok abah selepas tok abah siapkan ikan bakar 'Lepass ni dah tak de sape nak datang jenguk kita di sini'  Berulang kali husband sebut ayat ni. Saya hanya diam....semua orang terkesan dengan apa yang menimpa abah. Walaupun kami sudah jauh b

Resepi puding cream caramel

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sempena 'potluck' sambutan hari raya kami di Kolej  bersama pelajar, setiap staff diminta untuk membawa hidangan makanan. Untuk jamuan raya ini, saya memilih untuk membuat puding cream caramel. Dah lama saya tidak membuat puding ini. Dulu masa di KK Arau, saya selalu membantu kak Asma membuat puding ini semasa 'shortcourse' kami di sana. Resepi ini daripada arwah ibu kak asma. Alhamdulilah, sangat sedap, bagi saya tiada bau telur dan sangat sedap. Ternyata saya membuat pilihan yang bijak...hahaha, bila dihidangkan sekejap sahaja loyang 10 inci terus licin. Tak sangka puding ini mendapat sambutan oleh anak-anak pelajar. Resepi di bawah ini sesuai untuk loyang 8 inci. Untuk loyang 10 inci boleh 'doublekan' bahan. Di sini bahan-bahannya: 1 tin susu cair 1 cwn susu segar 1  senduk gula pasir 5 biji telur 1 tsp tepung kastard 1 tsp tepung jagung 1 tsp esen vanila Untuk dibuat karamel/gula halus

Kursus Pendek Penghasilan Donut di Kolej Komuniti Bagan Serai

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Bersama para peserta yang terlibat dengan kursus pendek penghasilan donut Alhamdulilah, berakhir sudah kursus pendek penghasilan Donut pagi tadi yang bertempat di Makmal Persediaan Makanan, Kolej Komuniti Bagan Serai. Kursus pendek ini ini merupakan salah satu daripada 15 kursus yang dibuka kepada orang awam sempena Karnival Kursus Pendek Kolej Komuniti Bagan Serai pada tahun 2018 ini. Dengan bayaran ada yang serendah RM5, boleh belajar pelbagai jenis kursus yang dianjurkan seperti kursus ms office powerpoint, kursus teknik lukisan, kursus business online, kursus pengucapan awam dan pelbagai lagi. Bagi kursus makanan pula, kami menawarkan kursus penghasilan donut, kursus penghasilan lolipop, kursus penghasilan cincau dan kursus penghasilan makanan sejuk beku. Bagi kursus penghasilan donut, saya diberi peluang untuk berkongsi ilmu. Untuk pengetahuan semua, donut merupakan salah satu makanan berasaskan konfeksionari yang disediakan dar