Titipan kasih buat abah

 Abah...sungguh kami rinduuuu...

Benarrr......Tiada manusia yang sempurna...

Tetapi kehadiran abah cukup untuk membahagiakan kami.... 

Nampak pangkin di luar rumah,  teringat abah yang beria membakar lemang dan ikan bakar. Abah yang lebih 'excited' untuk kami berpindah di rumah baru ini. Dia yang rajin menebas dan meracun rumput.  Malah mencari benih pokok pisang,  betik dan macam2 lagi menyemai di tepi rumah.  Di bilik tidur abah seolah2 melihat dia sedang berehat,  mengaji Al-quran dan solat. Ya Allah, hanya Engkau sahajalah yang mengetahui betapa sunyinya hati ini. Kami cuba untuk membiasakan diri kerana selepas ini tiada lagi kunjungan daripada abah, mak dan yang lain-lain....huhuhu


Kenangan di pangkin tok abah selepas tok abah siapkan ikan bakar




'Lepass ni dah tak de sape nak datang jenguk kita di sini' 

Berulang kali husband sebut ayat ni. Saya hanya diam....semua orang terkesan dengan apa yang menimpa abah. Walaupun kami sudah jauh beratus kilo,  abah masih lagi bersusah-payah datang menjenguk kami. Malah saat beberapa minggu sebelum abah diserang sakit,  dia masih drive sendiri dr Kajang ke Bagan Serai datang untuk berbuka puasa bersama kami. Mungkin krn kesiankan kami 3 beranak di sini. Kasih abah dan mak. Abah hadir dalam setiap transisi kehidupan kami daripada  kami mula kenal, berkahwin,  mencari rumah dan berpindah tempat kerja baru. Dari Arau ke Jelebu malah tercampak ke Bagan Serai pun dia masih mahu turut serta menemani kami mencari rumah dan melihat jalan ke tempat kerja baru. 


Kenangan semasa aqiqah Khaira semasa di Kg. Selama. Terima kasih abah...sangat memahami dan mempermudahkan urusan kami walaupun kami bukan anak abanh yang terbaik.

Malah kami sudah terbiasa dgn hadirnya mereka,  setiap kali kami ingin berkunjung ke tempat makan yg istimewa ataupun apa saja,  pasti kami mahukan bersama mereka. Nantilaaa kita pergi,  kita tunggu mereka datang.. Kita bawa... Mana mungkin saya lupakan abah, bagi seorang yang telah kehilangan abah pada usia 18 tahun dan selepas 10 tahun Allah hadiahkan seorang abah lagi buat saya.  Sudah tentu sifat malu yang menebal dlm diri banyak membataskan saya,  tetapi usikan, gelak tawa dan ambil berat abah tidak pernah sesekali membuatkan  saya terasa seperti 'outsider'. Terima kasih Allah kerana izinkan saya menumpang kasih sayang abah. Mengenangkan banyak perkara,  terasa ingin terbang berada di sisi abah. Rasa sangat bersalah pada saat abah dan mak yang sangat memerlukan sumber kekuatan ketika ini kami tiada di sisi mereka.  Apa hikmahnya ini Ya Allah...??? Sungguh Engkau Sangat Mengetahui....dan kami tiada upaya melainkan dengan bantuanMu. 

19 Julai 18- Dalam MRT Kajang ke KL Central untuk menaiki ETS pulang ke Parit Buntar. Masa untuk pulang selepas menziarahi tok abah. Maafkan kami abah datang cuma seketika.

Pada 17 Julai 2018, dapat juga memenuhi hajat Iman dan Khaira nak tengok tok abah. Setiap hari tanya tok abah dah sihat ke belum??? Kalau dulu nak turun KL 10x mama fikir sebab terasa tidak mampu nak angkut mereka. Seperti tiada kekuatan dan tenaga untuk menguruskan mereka untuk sesuatu perjalanan yang panjang. Kerana saya tahu sejauh mana kekuatan tubuh badan sendiri.Tp kali ini ambik dokumen walaupun sehari pun mama sanggup datang. Maafkan kami abahhh... datang melihat cuma seketika. Abah ketika itu nampak lemah dan hanya sesekali sahaja membuka mata, itupan hanya separuh sahaja. Tidak bercakap dan badan yang tidak bergerak. Lihat wajah emak yang kepenatan dan pada masa yang sama tersimpan kesedihan yang sangat dalam. Sedangkan saya rasa sangat bersalah kerana tidak dapat menemaninya lebih lama. Sungguh...saya tidak berdaya. Hanya mampu menangis di dalam hati.

Tidak akan pernah tergantikan saat abah menemani kami semasa di Bagan Serai. Saat Iman dan Khaira terkena HFMD sanggup datang teman,  hantar kami pergi balik Bagan Serai-Kajang-Bagan Serai. Tak tertulis setiap satu jasa2 abah. Terlalu banyak untuk dihitung. Maafkan kami abah... Sungguh kami ingin dekat tetapi inilah 'ujian' kami. Jauh daripada keluarga tercinta. Menjadi pjj, kami tidak kenangkan  duit kami yang bergerak spt air yang habis di  atas jalan. Kami juga redha walaupun kami tidak menjadi keluarga yang sempurna. Kami masih lagi berlapang dada mengenangkan cuti yang tinggal nyawa2 ikan. Jauh sekali berfikir untuk bercuti. Tetapi yang kami cukup sangat kesalkan masa2 yang kami lalui tiada di sisi keluarga tercinta. Saat mereka susah dan pedih tetapi kami tiada di sisi. Saat mereka sangat memerlukan kami tidak ditakdirkan Allah untuk terpilih. Maafkan kami. Sungguh kami sangat 'terkesan'.



Akhirnya, hari ke-51 abah berada di HKL. I ❤️ this pic so much. Akhirnya dapat juga saya melihat senyuman kegembiraan mak ❤️ Alhamdulilah..abah is getting better everyday. Setiap hari tanpa gagal mak menemani abah, dengan iringan air mata dan bacaan ayat Al-quran bermula daripada abah kaku terbaring, dan sedikit demi sedikit dapat menggerakkan mata, jari-jemari dan akhirnya badan hari ini. Seringkali saya bertanya diri sendiri jika saya di tempat mak kuatkah saya menghadapinya. Allah menguji kesetiaan kita terhadap pasangan dalam pelbagai keadaan dan peringkat, tidak mengira waktu atau pun masa,  saat bersedia mahupun tidak. Ujian sakit bukan sahaja pada orang ditimpa tetapi Allah jua menguji orang-orang sekelilingnya. Walaupun kami jauh disisi mak dan abah dan tidak dapat menjaga abah saat ini,  tetapi Alhamdulilah... abah tetap dikelilingi orang-orang yang sanggup berkorban deminya🌷 Dan saya juga tertanya  adakah nasib saya juga sebaik abah?  Semoga Allah kelilingi kita semua bersama orang-orang yang mencintai kita kerana Allah. Hanya kerana Cinta Sejati itu sahaja yang akan sanggup bersama saat senang mahupun susah❤️ Dan saya sudah menyaksikan sekian banyak cinta sejati itu. Antaranya ialah Mak dan Abah 😍

Tunggu kami pulang abah..mak...

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun