Posts

Showing posts from April, 2020

Resepi Basque Burnt Cheese Cake

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera  Ramadan akan tiba dalam beberapa hari lagi. Cepatnya masa berlalu. Semoga Allah memanjangkan umur kita dan memurahkan rezeki untuk menjadi insan terpilih untuk melakukan dan memperbanyakkan ibadah kepadaNya. Melihat kepada stok cream cheese dan whipping cream yang masih ada, saya bercadang untuk mencuba resepi kek ini. Kek yang agak viral dari tahun 2018 lagi tak silap. Saya bercadang untuk mencuba di dalam kelas bersama pelajar-pelajar saya tapi pada minggu PKP pertama yang diistiyharkan oleh Perdana Menteri. Untuk membuat kek ini, oven dan size loyang sangat memainkan peranan. Oven saya agak over heating, jadi saya telah merendahkan suhu untuk membakar kek ini pada suhu 140 selama 1 jam 3 min. Boleh juga digunakan di dalam Air-Fryer. Yang pasti kita hendaklah kenal suhu oven atau air-fryer yang terbaik mengikut di rumah masing-masing. Loyang yang digunakan adalah size 6 inci yang paling sesuai. Kek Keju Terbakar 🙊 # basqueburntchees

Kek Sarang Semut

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ringkasan Kes COVID-19 pada 20 APRIL 2020 Kes baharu dilaporkan: 36 Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 5,425 Kes sembuh: 98 Jumlah keseluruhan kes sembuh: 3,295 Jumlah keseluruhan kes di ICU: 45 (Seramai 28 orang memerlukan bantuan alat pernafasan) Kematian: 0 📣🎉🎊 Jumlah keseluruhan kematian: 89 - CPRC KKM Alhamdulilah. Keadaan kes baharu menunjukkan trend penurunan yang baik. Harap keadaan ini akan terus berterusan. Tidak selamanya kita perlu hidup dalam keadaan begini. Sektor ekonomi perlu turut dibangunkan. Jadi harapnya kita dapat memutuskan rantaian ini secepat yang mungkin. Hari ini saya ingin berkongsi kek sarang semut saya. Alhamdulilah saya menggunakan resepi daripada Azlina Ina. Di bawah ini saya kongsikan cara-caranya: Bahan-Bahan: 1. 1 cawan gula caster 2. 125 g butter 3. 3 biji telur 4. 1/2 cawan susu pekat 5. Esen vanila 6. 1 tbsp soda bicarbonate 7. 1 cawan tepung gandum

Resepi Roti Jala dan Kari Ayam Sedap

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini genap sebulan kita melalui PKP yang telah diistiyharkan oleh Kerajaan bermula pada 18/03/2020. Semoga kita terus kekal #StayAtHome dalam memastikan kita dapat mengekang Virus COVID-19. Sebenarnya dalam tempoh PKP ini banyak hikmah yang boleh kita pelajari dan teladani. Semoga sama-sama kita dapat mengambil iktibar dan tauladan dalam pa yang telah kita lalui. Sentiasalah mengingati terdapat ramai yang terjejas sumber mata pencarian apabila tidak dapat keluar bekerja. Semoga kita sama-sama dapat membantu golongan yang berkeperluan ini ibarat 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing' Ini pertama kali saya membuat roti jalan sendiri. Biasanya saya akan membantu MIL menyediakan roti jala. Mak akan menyediakan roti jalan bersama kuah kari daging. Kuah kari daging beliau sangat terbaik. Tetapi kali ini bahan yang ada di rumah hanya ayam. Jadi saya menyediakan kari ayam yang saya ambil resepi daripada AZIE KITCHEN. Bah

Resepi masak lemak pucuk ubi dengan belimbing buluh

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini bermulanya hari pertama PKP Fasa Ketiga dijalankan. Semoga hari-hari yang mendatang menunjukkan penurunan kes baharu pesakit COVID-19 semakin menurun. Kebetulan stok-stok sayuran sudah habis, dan agak keberatan nak keluar, jadi saya mengambil pucuk-pucuk ubi dikeleliling rumah untuk dijadikan menu tengahari ini. Pokok ubi ditanam oleh FIL saya sebelum ini. Kalau MIL dan FIL dan datang berkunjung ke rumah kami, memang setiap hari mereka lah yang rajin menanam dan membersihkan kawasan sekeling di luar rumah kami. Belimbing buluh pula memang sudah sedia ada di sini. Pertama kali saya mengenal buah belimbing buluh ini ketika berada di sini melihat kak ina yang suka membuat sambal hitam belimbing buluh. Lama kelamaan terus saya menyukai buah belimbing buluh ini. Di bawah ini saya kongsikan resepi masak lemak pucuk ubi dan belimbing buluh: Bahan- pucuk ubi belimbing buluh bawang merah bawang putih kunyit cili padi ikan bilis

Resepi Nasi Ayam sedap

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam Jumaat yang penuh barakoh. Baru sudah menyaksikan perutusan daripada Perdana Menteri kita bahawa PKP ini akan bersambung ke fasa ketiga bermula pada 15 April hingga 28 April 2020. Siasa sangka pada tahun 2020 yang amat kita dinantikan ini, kita akan menempuh situasi perit ini. Tiada siapa pun duga dan inginkan. Namun, inilah yang dinamakan takdir. Hari ini saya ingin kongsikan resepi Nasi Ayam. Inilah sepanjang hidup saya untuk pertama kali saya membuatnya di rumah. Biasanya kami beli sahaja di kedai. Hikmahnya PKP ini salah satu caranya dapat mengikat kasih sayang sesama keluar dengan air tangan ibu terutamanyaa ibu-ibu yang berkerja yang tidak punya waktu yang cukup untuk masak. Itu sayalah..hehehe. Tetapi tidak saya nafikan masih ramai ibu-ibu yang berkerjaya di luar sana yang masih mampu bangun seawal pagi, sediakan bekal sarapan dan makan tengahari untuk anak-anak. Malah pulang dari kerja setelah seharian di tempat kerja masih gigih

Resepi lempeng sedap

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Setelah melalui tempoh PKP selama 2 minggu dan hari ini kita berada di hari pertama fasa kedua PKP. Dalam tempoh ini, apabila keluar mencari barang-barang, masih ada lagi yang keluar 'bercouple', yer suami isteri, adik-kakak, tetapi sangat mendukacitakan apabila masih yang tidak mematuhi PKP dengan sempurna. Sekiranya PKP ini masih berlanjutan, sesuatu yang sangat tidak baik sebenarnya terutamanya untuk sektor ekonomi negara. Harapnya dapat kita lalui fasa kedua ini dengan berjaya dan baik. Oh ya...sepanjang tempoh PKP ini perkara yang susah nak jumpa roti GARDENIA. Sangat menyedihkan sebenarnya..hehehe buat kami sekeluarga yang setiap hari sarapan pagi dengan roti. Jadi sebagai alternatif saya membuat lempeng. Teringat umie yang suka menyediakan lempeng buat kami semasa kami kecil. Apabila berkhwin, MIL pula sediakan lempeng kelapa. Pertama kali saya makan lempeng kelapa yang sedap. Seingat saya antara menu yang saya mengidam semasa