Resepi Nasi Ayam sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam Jumaat yang penuh barakoh. Baru sudah menyaksikan perutusan daripada Perdana Menteri kita bahawa PKP ini akan bersambung ke fasa ketiga bermula pada 15 April hingga 28 April 2020. Siasa sangka pada tahun 2020 yang amat kita dinantikan ini, kita akan menempuh situasi perit ini. Tiada siapa pun duga dan inginkan. Namun, inilah yang dinamakan takdir.

Hari ini saya ingin kongsikan resepi Nasi Ayam. Inilah sepanjang hidup saya untuk pertama kali saya membuatnya di rumah. Biasanya kami beli sahaja di kedai. Hikmahnya PKP ini salah satu caranya dapat mengikat kasih sayang sesama keluar dengan air tangan ibu terutamanyaa ibu-ibu yang berkerja yang tidak punya waktu yang cukup untuk masak. Itu sayalah..hehehe. Tetapi tidak saya nafikan masih ramai ibu-ibu yang berkerjaya di luar sana yang masih mampu bangun seawal pagi, sediakan bekal sarapan dan makan tengahari untuk anak-anak. Malah pulang dari kerja setelah seharian di tempat kerja masih gigih masak di dapur. Allah...sungguh saya salute pada kekuatan mental dan fizikala ibu-ibu seperti ini.

Untuk resepi ayam ini saya gunakan daripada 2 resepi yang berbeza. Untuk nasi saya guna resepi Azie Kitchen. Tetapi untuk ayam, sos dan kicap saya gunakan resepi daripada  Miya Aira di dalam page Masak Apa Hari Ini di fb.




Penyediaan Ayam

Seekor ayam (saya potong empat)
1. 3 ulas bawang putih -tumbuk halis
2. halia - tumbuk halus
3. 1 kiub ayam

Lumur ayam bersama bawang putih dan halia.  (saya buat hampir 20 min). Sediakan periuk yang berisi air dan panaskan sehingga mendidih. Kemudian baru masukkan ayam yang telah diperap tadi dengan beserta kiub. Jangan rebus terlalu lama..cukup 5-6 min takut nanti bila goreng ayam akan hancur pula.

Kemudian ayam yang direbus tadi akan diperap dengan bahan-bahan berikut:
1. 2 sudu besar kicap pekat
2. 2 sudu besar kicap manis
3. 2 sudu sos tiram
4. Sedikit madu
5. Seinci halia (tumbuk halus)
6. 3 ulas bawang putih (tumbuk halus)

Perap ayam dengan bahn-bahan berikut lebih kurang stgh jam-1 jam.

Penyediaan Sos untuk kuah

1. *5 biji cili merah (guna 6 biji cili merah)
2. *5 biji cili padi merah (tak guna)
3. *Sedikit halia jika suka
4. *4 ulas bawang putih
5. 2 sudu besar cuka (saya masukkan sesudu besar shj)
6. Sedikit sos cili (saya masukkan sos tomato sedikit dan sos cili)
7. garam
8. gula

Kisar semua bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam periuk, dan masak di atas api. Masukkan 2 senduk air rebusan ayam tadi. Masukkan semua bahan-bahan lain. Cuka masukkan akhir sekali dan masakkan seketika.

Penyediaan bahan untuk kicap

Guna lebihan bahan perapan ayam tadi. Panaskan di atas dapur. Tambah 3 sudu kicap manis, 1 sudu sos tiram dan masak sehingga mendidih. Untuk mendapatkan tekstur yang pekat sedikit, bancuh 1 sudu besar tepung jagung dengan 2 sudu besar air. Sebelum tutup api masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam kuah kicap itu.

Penyediaan Sup

Rebus balik air rebusan ayam tadi bersama sup bunjut, satu biji bawang besar (ditumbuk halus), masukkan lagi satu kiub ayam, garam seculup rasa. Dan sebelum tutup api taburkan hirisan daun bawang dan sup.

Penyediaan Nasi

Untuk penyediaan nasi saya menggunakan resepi daripada Azie Kitcen yang saya ambil daripada blog beliau seperti di bawah:

2 sudu besar mentega 
Ketulan lemak ayam (saya tak guna)
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
1/4 cawan susu full cream
1/2 - 1 kiub serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
Secubit gula
Rempah penumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis

Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker. 

Di dalam kuali masukkan mentega (saya guna minyak ayam), tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam. 
Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk pati ayam dan secubit gula. 

Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa. Sukatan air ikut sukatan untuk jenis beras masing masing.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun