Posts

Showing posts from February, 2019

Pengalaman luka ceaser keluar air

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pertama kali merasai pengalaman bersalin secara ceaser pada 27/12/2018., satu pengalaman yang cukup berbeza dengan sebelum ini. Dan ini satu pengalaman yang tidak akan pernah dilupakan. Hari pertama turun dari katil, setelah merasai ubat bius yang sudah hilang sudah cukup berkerut-kerut muka menahan sakit. Apatah lagi nak mengambil barang yang jatuh ke bawah, hendak menunduk, batuk ataupun gelak...terseksa rasanya menahan diri. Pendek kata kalau sebelum ini seseorang yang sudah biasa berdikari, membuat kerja sendiri, tetapi di dalam tempoh ini memang terpaksa mengharapkan ihsan orang di sekeliling untuk membantu. Memang betul-betul nak kena manjakan diri. Masa hari-hari pertama selepas ceaser, hendak berpusing untuk tukarkan pampers anak pun  merasa sakit. Tetapi sudah namanya ibu kan..untuk anak sanggup lakukan apa sahaja. 24/1/2019- Nuha Nazihah cucuk sebulan di Klinik Kesihatan Bagan Serai Alhamdulilah, saya dikelilingi ipar dan bi

Pengalaman bersalin secara ceaser di Hospital Taiping

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulilah, hari ini genap 44 hari melahirkan permata hati kami yang ketiga, Nuha Nazihah. Ini pertama kali saya menggunakan perkhidmatan di Hospital Taiping dan ini juga merupakan pengalaman pertama melalui prosedur lccs. Alhamdulilah kulli hai untuk segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Iman Inshirah dilahirkan di Hospital Putrajaya, manakala Khaira Khadijah dilahirkan di Hospital Serdang. Kelahiran pertama dan kedua adalah dengan kelahiran instrumental iaitu bantuan vakum dan pada Week 41. Berbeza dengan Nuha Nazihah apabila saya terpaksa melalui satu pengalaman baru yang bagi saya cukup mendebarkan. Pengalaman setelah melalui kedua-dua kelahiran secara normal, sudah tentunya czer bukanlah option yang saya fikirkan dari awal lagi apabila saat saya mengetahui kehamilan saya. Namun, siapalah saya untuk menidakkan ketentuan Allah. Siapalah saya untuk mempersoalkannya. Walaupun pada awalnya tidak mudah untuk saya memilih a