Pengalaman bersalin secara ceaser di Hospital Taiping

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Alhamdulilah, hari ini genap 44 hari melahirkan permata hati kami yang ketiga, Nuha Nazihah. Ini pertama kali saya menggunakan perkhidmatan di Hospital Taiping dan ini juga merupakan pengalaman pertama melalui prosedur lccs. Alhamdulilah kulli hai untuk segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Iman Inshirah dilahirkan di Hospital Putrajaya, manakala Khaira Khadijah dilahirkan di Hospital Serdang. Kelahiran pertama dan kedua adalah dengan kelahiran instrumental iaitu bantuan vakum dan pada Week 41. Berbeza dengan Nuha Nazihah apabila saya terpaksa melalui satu pengalaman baru yang bagi saya cukup mendebarkan.




Pengalaman setelah melalui kedua-dua kelahiran secara normal, sudah tentunya czer bukanlah option yang saya fikirkan dari awal lagi apabila saat saya mengetahui kehamilan saya. Namun, siapalah saya untuk menidakkan ketentuan Allah. Siapalah saya untuk mempersoalkannya. Walaupun pada awalnya tidak mudah untuk saya memilih apa yang saya rasakan terbaik. Sungguh saya rasa cukup insaf dan kerdil. Pada week 36, scan di KK Bagan Serai telah menunjukkan baby berada dalam keadaan 'breech presentation'. Selepas itu saya dirujuk di bahagian Hospital Taiping untuk temujanji seterusnya dengan specialist. Dan scan seterusnya tetap menunjukkan baby berada dalam keadaan yang sama. Doktor ada memberi 2 pilihan sama ada mahu melakukan  ECV ( External cephalic version) untuk memusingkan keadaan kepala bayi ke bawah atau terus memilih elektif czer. Hati saya saat itu benar-benar tidak keruan untuk memilih walaupun doc telah menerangkan dengan sangat baik kedua-dua prosedur kebaikan dan keburukan.

Dan akhirnya elektif czer jua pada tarikh 27/12/2018 pada week 37, 5 days. Walaupun memilih elektif czer, dan dikelilingi ramai kawan dan sedara yang telah melalui operasi czer dengan berjaya tetapi saya tetap tidak dapat menyembunyikan perasaan gentar, takut dan gundah gulana saya setiap kali teringat akan kemungkinan2 yang tidak diingini yang telah diterangkan oleh doc sebelum ini. Terus saya bayangkan wajah iman dan khaira, wajah suami, wajah umi, wajah mak dan abah. Allah....saat yang tetap takkan saya lupakan sampai bila2. Akhirnya 26/12/2018 saya admit di Hospital Taiping. Alhamdulilah pada masa itu, ada kekosongan untuk bilik 1st class. Jadi saya mendaftar masuk di dalam bilik untuk 2 orang pesakit. Setelah melalui 2 pengalaman di 2 hospital yang berbeza sebelum ini, saya mengakui layanan yang saya perolehi samada nurse ataupun doktor di Hospital Taiping adalah yang terbaik. Bukan kerana kelayakan saya untuk mendapat bilik 1st class, tetapi saya nampak kesungguhan dan kebaikkan mereka melayan setiap pesakit dengan sangat baik. Kerana staff bertugas memberi layanan yang sama rata dan rawatan terbaik kepada setiap pesakit tanpa mengira kelas atau status.


Sebenarnya rawatan diberikan sama ada di kelas 1, 2 dan 3 tetap sama cuma ini keistimewaan bagi penjawat awam. Tetap perlu berlapang dada jika tida kekosongan kerana bilik yang disediakan tidak banyak.  Kebetulan masa saya 'check in' ada kekosongan untuk bilik ini. Alhamdulilah

Baru lepas check in...dalam dada macam2 fikir..huhuhu. Langsung xde mood nak make up2 macam artis..hahaha

Saya diminta untuk mula berpuasa pada pukul 2 pagi 27/12/2018. Saya adalah sepatutnya patient ke 4 tetapi disebabkan banyak kes emergency ceaser jadi hampir pukul 5 petang baru dipanggil. Masa tu badan dah rasa menggigil sebab tahan lapar, nampak muka nurse datang terus rasa nervous sangat. Masa tu husband cakap... " sikit lagi..lepas ni semua dah selesai". Allah...pengalaman yang tak pernah bermimpi pun untuk dilalui. Masa itu hati dan mulut sentiasa basah dengan kalimah Allah. Sebaik sahaja masuk bilik OT terus rasa sejuk yang teramat. Masa tu mata hanya tertumpu dekat jam kat dinding. Ingat lagi bila lampu di atas buka masa tu pukul 6.30ptg...x sampai 5 minit, nurse cakap baby dah keluar. Allah..insaf sangat. Nurse minta selawat dan cakap Alhamdulilah baby dah keluar. Masa tu laju je air mata keluar...satu perasaan yang sukar digambarkan. Saya ingat lagi pakar bius yang kebetulan berada di sebelah saya kesatkan air mata.  Bila part jahit semula tu la ambil masa yang lama...hampir 7.30 baru siap, direhatkan sekejap dan pukul 8 lebih baru ditolak semula masuk bilik. Menggigil2 terus masa tu, masa balik tengok nurse dah bawak baby sama. Syukur Alhamdulilah untuk semuanya. Malam tu terasa letih sangat, dan baby pun tidur sahaja.


Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu, nurse datang untuk tolak ke bilik OT

Pengalaman pertama untuk turun katil tidaklah seteruk seperti yang difikirkan sebelum ini. Perlukan teknik yang betul supaya dapat menahan tempat yang sakit itu. Cuba sedaya mungkin pusingkan badan untuk mengiring, tangan sebelah lagi tolak tilam untuk naikkan badan dan perlukan bantal untuk ampu tempat bahagian operates. Bila ubat bius dah habis, memang terasa sakit yang amat. Hendak berpusing pun berkerut-kerut menahan sakit sangat. Baru terasa beginilah sakitnya rupanya yang perlu dilalui oleh wanita-wanita di luar sana yang bersalin ceaser. Tetapi nurse dan doc paksa juga untuk bangun dan berjalan untuk elakkan darah beku. Kami juga diminta untuk memakai stokin TED, Anti- Embolism Stockings. Bila dengar pasal darah beku terus gagahkan diri juga berjalan setapak demi setapak. Dan bermula la juga cabaran episod baru untuk cucuk cecair heparin selama 10 hari pagi dan petang serta pelbagai pengalaman baru semasa tempoh berpantang yang diuji dengan pelbagai dugaan. Namun begitu, saya tetap mensyukuri untuk sekian banyak nikmat yang telah Allah kurniakan terutamanya semasa proses pembedahan berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi yang tidak diingini dan sangat ditakuti sebelum ini.

Nuha Nazihah....hari pertama melihat dunia

Disini saya ucapkan jutaan terima kasih buat staff nurse di Klinik Kesihatan Bagan Serai yang telah memeriksa dan memantau kesihatan diri sepanjang 37 weeks saya mengandung dan selepas bersalin dengan setiap hari datang untuk memantau keadaan saya dan baby. Terima kasih tidak terhingga juga buat staff dan doc yang bertugas semasa saya berada di wad bersalin Hospital Taiping yang menjaga saya dan baby sehinggalah kami dapat 'discharge' dengan baik. Budi baik anda, saya doakan hanya Allah sahaja dapat membalasnya dan berikan segala kemudahan untuk anda sekeluarga.



Alhamdulilah. Segala puji bagi Allah.




Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun